Sunday, January 4, 2015

#throwback 2014 - what I've been up to... welcome 2015

Dah lama tak de ruang dan peluang tuk update apa2 kat blog… apa je aku update ari tu ye.
Byk jugak yang best berlaku…yg best sekali shopping la kan…aku beli crabtree & avelyn sale giler2 beb kat KLCC tu…maklum la kan Krismas sale.

Kita pun apa lagi ambik jugak la peluang tuk kita jugak kan. Sale kaw2 tuuuuuuu. 
Fossil tahun ni akhirnya buat clearance stock jugak ari tu.  Akhirnya…walaupun time tu aku cuti…
Aku sanggup datang opis semata2 Fossil Sale…kali ni 70% je.  Aku tak de beli apa2 sangat sbb terlalu padat dengan manusia…bila dah banyak org…aircond pun kurang…macam2 bau ada hehehehe…nak berpinau mata dibuatnya.  Ini la sebab nya kenapa Fossil sale kena buat 2 kali setahun.  Org dok tunggu lama..bila dia nak buat sale…so apa lagi … kena serbu la jawabnya… sampai 10 malam baru la selesai.

Sempat ambik watch je. Tu pun satu je… sale tak  best sgt klu nak comparekan dengan yang sebelum ni.
Aku ambik DKNY watch…cantikkkk…tuk mata aku la kan…harga RM8++.++ jadi RM2++.++. Klu x salah ingat la...Best tul.... Hehehehe.  Jadi la. Tak sia2 aku drive dari rumah sampai office 1 jam… kali ni setiap jam yg dibeli dia bagi box, tak perlu beli box berasingan dengan jam…klu dulu dia charge tu…
Beg dia tak berapa banyak. Yang ada banyak casing iphone, ipad dan sewaktu dengan nya. Kebanyakan yg tinggal…dispatch bag… tau kan.. beg jenis ni…bukan nak kata bag tu tuk dispatch je. Maksud saya  jenis bag tu org panggil dispatch bag. Jgn silap faham ye… ^_^


Now dah bulan 12, dah nak ujung dah pun.  Anak2 dah cuti dari bersekolah. So far Ba lum bawak diaorg gi bercuti lagi.  Setakat bawak jalan2 shopping tu ada la. Aku pun rajin jugak ajak diaorg tengok wayang bagai. Tapi lain la sikit perasaan nya bila gi bercuti kan.  Adik dah selalu mintak bawak bercuti… tempat kegemaran dia tak lain tak bukan GRAND LEXIS, Port Dickson.  Dah try byk kali nak book jugak ari tu… tapi peak season kan so fully booked….hadui 

Akhirnya kami bercuti ke Penang, Stay kat The Royale Bintang, Georgetown.  Ada pool…itu dah cukup tuk anak2 berenang.  Pegi Jumaat balik Sabtu Malam. Cuti tak lama sbb Ahad tu nak gi  carik barang untuk sekolah diaorg pulak.  Before balik KL, sempat jugak la singgah Line Clear Nasi Kandar – Makan nasi kandar kuah campur, udang 2 ekor besar jugak la…yang ni aku ingat hargia dia…RM40.  Pas tu makan cendol dia…fuh terangkat.  Dapat makan kat Hameediya jugak as per rekemen kat TV3 JJCM.  Dapat jeruk buah Pak Ali, Beli magnet tuk tambah koleksi kat peti ais aku, makan char kuetiau jugak.  Then yg best dapat beli white coffe penang.  Ini memang kopi yang kena ngan selera aku… puas ati … kami sempat beriadah kat padang kota lama jugak…tak jauh dari hotel.  Beli bola tuk diaorng main kat padang tu, aku dah BA berehat je la… dengan angin laut yang segar… sambil layan mi sotong hamid…hehehe.

Bukan apa kesian kat diaorg je. Cuti tak ke mana2… xtvt diaorg main badminton je la. Yang best time balik kerja…hilang penat tengok rumah kemas, makanan dah siap… umur 12 tahun je baru, anak aku yang no 2, dah tau siapkan makanan tuk satu family… antara menu yang aku selalu makan dinner tiap kali balik ialah ikan goreng berlada,sayur kacang masak kicap, sayur masak lemak, sayur sup, ikan goreng cecah budu…hehe sambal belacan, kangkung belacan, sardine masak kicap, sup telur dengan fish balls. Tempting jugak la…yummy… pernah balik jumpa kek butter atas meja… ni kegemaran dia ni…menyelongkar dapur aku. Tapi tak apa, dia belajar sesuatu…rasa nya anak org lain baya dia masih main game, belek2 hp n tengok tv layan drama korea je kut…. Bagus jugak didik anak awal2 kenal dapur… org putih siap bagi anak masuk kelas masak2 lagi…ringan dah kerja2 rumah bila anak2 dah pandai tolong ni…untung kat aku jugak kan…hehehehe.
 
Krismas ari tu, sebagai menghormati budaya org lain, kat opis ni pun adalah acara gift exchange sebelum tarikh sebenar Krismas.  Tak tau apa nak beli bagi kat kawan tu.  Tak de apa2 lam kepala…  Plan nak beli NaRaYa..tapi tak tau dia suka ke tak.  Last sekali aku buat tart nenas bunga… as per requested.  Dia nak tart nenas bunga n aku tambah beli majalah masakan tuk dia.  Selain tu aku beli hadiah tuk kawan2 yang rapat ngan aku, hari tu ada beli lotion Crabtree & Evelyn masa promsi krismas awal bulan December kat KLCC.  Bagi la sorang satu kat diaorg… erti kata lain sama2 pakai lotion. Sharing kan caring.  Aku pulak dapat kasut vincci and bracelet.  TQ tuk hadiah tu…walaupun kasut tu aku kena beli sendiri sbb dia soh aku carik hadiah yg aku suka. Hehehehe.

Pas tu pasal banjir yang melanda Pantai Timur, skrg merebak ke Pahang jugak.  Hari tu 26/12 balik ke kampong Ba, next day nak balik ke KL kami terkandas kat tol Maran sbb banjir dah memlimpah ke Lebuhraya terutama area Temerloh, Jerantut dan Lancang…jugak kawasan lain persekitaran Sungai Pahang.  Pasal tu kami kena tunda balik KL ke hari Ahad…mengunakan jalan alternative Kuala Pilah, keluar kat Kajang guna laluan LEKAS.  7 jam baru sampai KL beb…giler tul…dalam sesat2 guna jalan alternative ni…ada pulak aku terjumpa dengan Zaini Salai House…ermmm apa lagi singgah beli salai ayam n rempah lemak cili api nismilan… sedap tau…   Aku kenal dengan Zaini Salai House ni dulu masa sama2 attend seminar Berani Berniaga anjuran Richwork (Dr Azizan Osman) and pernah la order online beli daging salai sekilo + rempah lomak cili api nismilan…sedap beb…cuba la carik kat FB dah tentu ada…

Bulan ni aku  29/12 sebagai penutup tirai tahun ni aku beli Pandora bracelet satu and charm satu.  Walaupun aku tengok ramai yg rajin kumpul charm, aku pulak tak berapa gemar…beli charm pun pakai seketul je…sbb rasa serabut sgt and berat gak kut… klu pakai less charm nak pakai gi opis pun tak rasa berlebihan sangat.. aku beli kat Pandora KLCC, tingkat 2.  Hari tu sale charm 30%.. Sale ended dalam 2 minggu lagi.. pi la tengok.

Or lupa nak bagitau…skrg ni dah bole meroti sendiri hasil dari attend baking class Chef Noraini, Aniz Baking Center kat Subang Bistari… dapat sijil…next class Continental Cake… korang apa lagi… google Aniz Baking Center and register…murah dari tempat lain …. Rasanya hobi baru aku…kumpul sijil baking…

Dapat jugak Buku Baking dari Lynn Hassan... ni buku kedua dia yang aku ada...satu dulu buku Cup cake... bagus tau buku ni...memang aku suka giler buku ni...bila korang dah beli nanti korang tau apa maksud aku tu... :)

 Apa menu tahun baru korang, BBQ ke? atau lepak kedai mamak sampai 12 mlm
SELAMAT TAHUN BARU 2015
HAPPY NEW YEAR 2015

New journey begin....for ….. Great year ahead….


Tuesday, October 21, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha/ Qurban 2014

Assalamualaikum,
Entri bulan October aku kali ni lambat sikit.  Macam tak percaya yang aku busy la…Dengan kerja kat office, dengan bakery n family. 

Awal October hari tu Aidil Adha, aku tak balik Kuching, beraya dengan family belah husband.  Aku beli daging salai sekali ngan perencah masak lemak lagi.  Cadang untuk makan ramai-ramai nanti kat sana. 

Kami bergerak balik hari sabtu selepas subuh… sempat ngeteh dulu before gerak… sbb sure trafik jammed. Nak singgah makan or kencing ke…mesti Q panjang.  Arah kami ke belah pantai timur… Pahang. Jalan jammed selepas tol Gombak lagi… so drove dari pukul 8.00 pagi sampai kampong Ba pukul 1.00 tengahari. 
Tapi sampai Temerloh, jalan dah ok…  So sempat la singgah beli kerepek and kuih2 lain tuk buah tangan.  Sedap nanti makan sambil tengok tv.  3 peket RM10.00 aku beli 6 peket termasuk bahulu n popia gulung.  Yang dua tu tak termasuk dalam package 3 RM10 ye… J sampai2 je mak mertua kata dia dah siap masak tuk kitaorg.  Lega…hehehehe

Kat rumah ada parent mertua, 2 adik Ba and mak sedara dia dari kuantan kalu tak silap.  Beraya sekali dengan kami kat rumah tu.  Lepas makan kami dah mula buat menu tuk Aidil Adha pada hari Ahad (iaitu esok)…  Aku paling suka buat ketupat palas, seronok membentuknya jadi ketupat palas tu.  Nasik impit mak mertua buat sendiri jer… Tahun ni mak mertua buat korban tapi kat rumah abang dia… iaitu merangkap pakcik Ba.  Sebab Lembu kat kampong di Kuantan tu lagi murah kata nya. Jadi mereka kumpul2 la kat rumah abang dia tuk upacara korban  Tahun ni kami saja yang beraya kat Pahang, sebab yang lain2 pun beraya belah mak mertua.  Raya puasa hari tu mereka berkumpul , kami pulak yang raya kat Kuching… so tak de la jumpa diaorg lagi.

Malam tu pulak kukus ketupat pasal, masak rendang daging and rendang ayam sekali.  Tak dan nak tunggu esok beraya.  Kami dah saling merasa masakan malam tu.  Layan mak mertua nyer rendang dengan ketupat palas.  Perrghhh! Terbaik mak.

Malam tu jugak mak sedara Ba, balik semula ke kampong dia, reason jiran rapat dia meninggal dunia.  Sebab kenal rapat cam keluarga, dia tak sampai ati nak beraya sedangakan jiran dia tengah bermusibah… itu la nama nya pengorbanan…
Berkasih sayang sesame islam.

Pagi Raya dengar Takbir berkumandang sambil gosok jubah kami anak beranak.
Fuh! Tenteram sungguh…Raya puasa ari tu tak puas dengar Takbir Raya.  Lepas subuh terus jer aku iron baju kami anak beranak.  Baju melayu Ba n Abang… yg nak solat raya.  Abang dan sama besar dengan Ba… rasa nya lagi tinggi dari Ba.  Wal hal baru form 1 (13 tahun).
 Hasrat nak duk 2 3 ari kat kampong tak berjalan lancar, parent inlaw nak gerak ke Kuantan tuk buat qurban esoknya…raya kedua.  


Before balik aku sempat petik daun2an yang patut... Daun Kari, Daun Selum,Daun Kunyit, Daun Pandan,Serai, Ulam Raja and kelapa.... So petang tu jugak kami bertolak balik ke KL. Yang best nyer tak kena jam.  Mak mertua bagi bekal macam2… ayam rendang, daging rendang, ketupat pasal n tapai pulut.  Satu best mak mertua aku ni… tapai pulut dia memang ngam ngan tekak aku…. J tq mak.  

On the way balik sempat jugak ambik gambar 2 3 click… langit yang hening semasa fajar turun tu…indah ciptaan tuhan…ada burung2 terbang balik sarang jugak. 
Tak sangka dapat snap yang tu.,  Gerak lepas asar…sampai KL kul 8.00 mlm.

Arsenal lak life malam tu lawan Chelsea.  Tapi sayang tak de rezeki 2- 0. Tak pe la
Even on paper pun Chelsea memang ada kelebihan nya.  Tapi aku tetap dengan Arsenal – Gooners konon2 nye.  Best malam tu aku tak perlu masak.  Lauk dari kampong aku makan ngan anak2.

Hari isnin masih cuti, aku bawak anak2 jalan2. Bawak jalan dekat2 jer.  Pegi AEON je.  Kebetulan ada sale up to 70%.  So aku beli 2 blouse 1 jeans and 2 kasut (ballet shoes).  Dah shopping apa lagi mesti la nak makan kan… ikut selera adik, kami makan kat The Chicken Rice Shop…. Berwajah baru dah…

Sejak bekerja darah tinggi aku tiba2 tak stabil balik… setelah sekian lama dah hilang, member dating balik da… first checked 125/160 second checked 160/104.
Tak pasal2 kena ambik ubat berjadual… minggu ni nak pi check lagi…dah selang seminggu aku tak gi check kat Doc Dennis aku tu.  Hope ada perubahan sikit.

Hadanni Scrumptious Series update pulak ye.  Top 3 dalam HSS list:

Popia Seaweed
Tart Nenas Bunga
Kuih Cara berlauk Ayam/Daging

Almost hari2 ada tempahan, tapi disebabkan dah berkerja balik aku ambik order seminggu sebelum delivery day. So aku bole la managed production and deliverance.

24 depan birthday my 2nd daughter.  Tak tau apa nak buat tuk dia.  Aku release dia tuk pergi bercuti ngan kawan2 sekolah. Ikut trip ke Gambang… as a gift… majlis dia maybe later la… after she come back home…

Tuesday, September 9, 2014

After 25 Years.... BFF Get Together...

Entri aku tuk September 2014…

As Salam… entri kali ni sendu sikit…sendu yang happy bukan sendu yang melancholy ok.

Pertama,  tahun ni aku balik Kuching tuk berhari raya… jumpa family terutama mak n ayah aku..Lama tak jumpa diaorg.
 
Balik kali ni naik Malindo Air, bukan nak promote Malindo Air tapi rasanya tambang murah n berbaloi memang Malindo Air… n tak perlu nak bayar lagi tuk bagasi dah siap ada dalam ticket 15kg per person, tempat duduk luas ada screen jugak tuk tengok filem or siaran tv kegemaran.  Ada games tuk kids and cartoon.  Makan minum x perlu risau, ada percuma biskut  n air mineral tuk passanger.  Tak perlu bayar, unless kalau lapar n nak makan berat korang masih boleh beli dengan harga 13 ringgit kalau tak silap (semua menu sama harga). Rasa?  Sedap!!! Sekarang penerbangan dengan tambang murah dalam list aku, yang teratas memang Malindo Air.  Sayang… diapunya destinasi limited.

Berbalik ke kisah aku kat kampong ngan mak ayah.  Kesihatan keduanya x berapa baik. Biasa la umo pun dah lanjut,  badan pun dah tua, banyak dah depa lalui.  Mau nyer tak gitu kan.  Alhamdulillah dapat jumpa and shared senda gurau ngan keduanya.  Sedih tengok keduanya masih sibuk nak cukupkan anak2.  Makan minum semua masih nak dijaga nya.  Padahal patutnya kami la yang sibuk jaga makan minum diaorg.  Tapi pagi2 aku masak jugak tuk diaorg, malam pun sama aku masak kan dinner… lunch tak la sbb hari raya kut… byk open house sedara mara nak di attend.  Hehehehe.

Baju2 diaorg, adik2 n baju kami semua hantar dobi cuci… lebih berbaloi. Maklumlah masing2 sibuk nak beraya x dan nak buat kerja2 cuci mencuci…. Nak2 satu rumah penuh.  Baik antar dobi. Dobi sekarang senang berbayar guna mesin jer…. Hatta sabun n softener tak yah bawak dah semua ada kat kedai dobi tu.  Senang tul org sekarang
Mak ayah pernah cakap “korang tak tau rasa hari orgtua kat anak2”…. Dalam maksud tu.  Aku hanya mampu doa diaorg dari jauh…   

Tahun ni jugak setelah 25 tahun, lebih kurang la… aku jumpa balik dengan kawan sekelas aku dulu… kami sama2 dalam kelas, tingkatan 1F sampai 4B.  Masing2 dah ada kehidupan sendiri n Alhamdulillah sihat sejahtera semuanya.  

Kami dulu ada 4 sekawan (Suzana,Roshima, Dayang Norfaezah n aku)… so far baru berjumpa balik dengan 2 orang.  Sorang lagi ada kat Perak, bertegur kat FB je so far… hehehehe semua masih lawa ngan mengancam except aku la kan, alignment lari sungguh huahuahuahua T_T   
   
First time ke kampong area Rantau Panjang Klang… lawa klang rupanya… feel so at home…  Kawan aku sorang ni x kabin crew now business bakery sendiri …. FB page dia Pokodots Empire…. Cookies,Tart nenas Sepit, Apam blossoms and few more traditional and modern  kuih dia buat.  Baby shower, Candy buffet, Birthday Party pun ada.  Dia aktif ber booth… #gigih orgnya.  Bole la tengok FB page dia nanti k…

Sorang lagi (baju pink)…. Ketua jururawat…. Daripada seorang yang masa sekolah dulu geli ngan semua benda…. Akhirnya dia yang attends benda yang mengelikan dia dulunya. Ahahhahahaa… Rezeki Allah tak de sapa tahu. 

Banyak betul benda kami nak cerita tapi masa x mengizinkan la pulak. Ngan suami  dan anak2 pun ikut memang tak leh lelama la nak bercerita…. Insyaallah ada rezeki kami nak jumpa lagi. Kali ni gerakan solo molo. No hubby nor kids…. Baru lapang dada nak cerita macam macam.Tak lupa aku bawakan buah tangan tuk kawan aku ni… tiramisu… dia suka tiramisu yg aku buat… and im proud nak bawak bagi dia… J

Kami bertiga  bercadang nak ke Perak, Rumah Faezah. Nak berkumpul n bercerita dengan dia pulak. Insha allah moga diperkenankan aamiin.