Tuesday, November 25, 2008

Green Mom and Dad

Kempen kesedaran menghijaukan persekitaran office bermula sejak september. Handle by Green Group with mission "to build awareness among staff towards green environment." So, that is how it started.

Aku pun ada la adopt 2 pokok. Nama dia Cadbury (Money plant) and Swarzenegar (Spider plant).
Bukan itu je, sapa2 yang adopt plant tu is consider participating to a best plant adopter pulak.

So memandangkan aku ni president green group...maka gugur la, Cadbury dan Swarzenegar dari competition tu. Sedih tu ya la jugak, tapi demi mendukung...nama green group dengan tanggungjawab yang ada ...tak pe la.

Al-maklum la, kalau bab nak kena beli ...kalau tak de something in return sapa nak layankan. So...ditambahkan cerita...memang memberangsangkan la jugak..program ni...banyak pokok yang kami dapat jual. Thanks to the plant adoption committee, boleh tahan jugak dia org buat sale. Bagus tul dia orang nih. Harga pokok tu pun bukan nya mahal sangat...RM5.00 ke RM10.00 je.
Sekarang ni, kami tengah sibuk nak bagi hadiah apa kan mereka-mereka yang menang nanti.

Cadangan semua nak bagi hadiah berasaskan green. Such as organic punya product, atau pun those related to recycle items. Ada yang cadangkan Body Shop product and voucher, ada gak yang cadangkan Voucher from Jaya Jusco, sebab diaorg ni buat campaign kaw-kaw untuk environmental. So masih kat peringkat...mengemaskini...
Ok, ni ada gambar-gambar kita org dengan baby masing-masing. Go Green...Green Hand belong to Green Heart. Ok friends one life one environment. ^_^












Thursday, November 20, 2008

incanto (shine)

Minggu ni berakhirlah episod "Beautiful" aku. Lama jugak dia bersama aku...dekat setahun jugak la. Tu pun ada berbaki sikit. Aku simpan...buat kenangan.

Penganti baru dia...incanto (Shine). Bau dia boleh tahan...untuk day time memang menyerlah. Sesuai ngan aku yang kurang menyerlah..huhuhuhu. Fruity scent. First note dia segar sangat...rasa macam ada kat tepi pantai Florida...dengan hembusan summer breeze...ha! cuba korang bayang kan bertapa hangatnya perasaan itu...pejam la mata jap...emmmm nampak tak. Kwang kwang kwang....
Tapi actually aku suka end note dia...tak tau nak cakap...tapi bau dia boleh buat MUTE kejap..

Cuba bayangkan masa mula2 jumpa Mr. Right kita...tak tau nak cakapkan...mungkin pada orang lain tak de la cam mana pun...tapi bila kita dah jumpa Mr. Right kita....apa kita buat cuma nak tengok je dia kan....cam tu la perasaan bila cium bau end note icanto (shine).

Lagi satu aku suka pasal parfume ni, aku rasa ada satu macam dejavu...cuma tak tau kat mana, siapa atau bila...tapi aku rasa icanto (shine) ni macam ada satu connection yang really close.

Ini adalah iklan percuma untuk Salvatore...walaupun dia tak kenal aku ^_^.

Tuesday, November 18, 2008

Madagascar (Escape 2 Africa)










Hari ni nak cerita pasal sabtu lepas 15/11/2008. Aku sefamilly gi TGV Kepong, nak tengok Madagascar (Escape 2 Afrika). Rezeki anak-anak baik that day sebab kami dapat ticket untuk movie tu, Alhamdulillah. bukan apa..risau jugak takut full sebab cuti sekolah dah started kan. Hui! tapi ramalan ku benar belaka...ramai sungguh parents yang bawak anak-anak gi tengok madagascar cam kami. Nasib baik dapat gak tiket untuk movie tu. Seat pun baik gak. Line M.Best.
Emmm, cerita tu best...lebih best dari Madagascar yang first dulu. Kelakar pun ye jugak. Pas tu ada la flash back pasal Alex masa kecik-kecik. Actually dia ni terpisah dari family dia masa bapak dia tengah nak ajar dia macam mana nak jadi a REAL Lion. Tapi si Alex ni gemar la menari... then dia hanyut sampai la ke New Yok. Siap masuk press sume pasal penemuan dia kat dalam kotak yang hanyut tu... Dari situ bermula la episod dia duk kat Zoo. Sebab tu kat Madagascar yang first dulu..dia tak tau nak carik makan sendiri....sebab dia dibesarkan di Zoo.
Part Gloria dengan Marvin pun best gak...genang2 air mata aku mengenangkan bait2 ayat Marvin tu..fikir2 balik cam lucu je sebab kartun pun boleh buat aku sedih...ish! ish! malu la kalau hubby aku dapat tangkap....








Ok enuff of that, go buy the ticket now!. Selesai movie, gi makan kat The Chiken Rice Shop...masing-masing dah lapar...tak dan dah nak pilih menu apa...so order la nasik ayam je..hehehehe sbb tak sanggp nak tunggu lebih lama lagi...imagine je movie start pukul 11. lebih pagi...habis pun dah kul 1 lebih cam tu... lapar beb!


Pas tu sempat jugak aku sambar, sehelai blouse dan jersi. Ingat nak guna masa Team building ujung bulan ni..tapi terbaru ni...as at todate la....kena hold pulak...sabor je... pegi Jusco redeem Kupon RM20.00. Aku spent buat beli budak-budak punya stationary. Hehehehhehehe jimat sikit. Selesai shopping..bawak dia orang main games, pas tu ambik gambar la pulak kat christmas tree.








So kira happy jugak la dia orang, walaupun aku dah tak de cuti...nak bawak dia org jalan jauh-jauh ...melancong ke luar negara apa tah lagi. so aku make sure weekend aku untuk anak-anak.




Thursday, November 13, 2008

New Hair Clips

Semalam 12/11/2008 aku gi KLCC time lunch hour, saja jalan-jalan tengok sale..tapi rupa-rupanya tak start lagi... sebelumnya aku dapat newletter dari iSetan...rupa-rupanya 14 Nov baru start.
Memandangkan dah alang-alang gi KLCC aku pun menjalankan survey ... gi KLCC ngan jiran sebelah meja ..Afiza...
Tak banyak yang best pun...cuma aku terkenan kat sepasang klip rambut berbunga pink...berlatarkan putih...mata aku terus je teruja kat sepasang klip rambut tu..puas jugak gi tengok yang lain...belek-belek...pas tu aku pegang lagi klip rambut yang sama jugak dari brand Mellow Shop.

Mungkin tidak la secantik mana pada orang lain..tapi klip rambut tu..buat aku teringatkan my daugther...at the first sight. So aku decided to buy la...senang...harga pun affortable...RM 10.90 sepasang.
So apa lagi bila aku tunjuk je kat kakak ngan adik, punya la seronok nya diaorang. Masing-masing berbahagi..sorang satu. Pas tu aku pun ajar la macam mana nak kelip kan kat rambut..



So, rasa senang hati tengok dua beradik tu, suka dengan pemberian aku tu . Siap terima kasih berkali-kali dan sayang aku kat pipi...hai... Love u both so so so much.
Ni la antara pose-pose hari pertama dapat "New Hair Clips".




Monday, November 3, 2008


22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak


Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:


1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik. 3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.

4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.

6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.

7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.

8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.

9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.

10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.

11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.

12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.

13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.

14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.

15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).

16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.

17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.

18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.

19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.

20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.

21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.

22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.


Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa.


Kita hendaknya sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun. Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.