Hari Sabtu 16/05/2009 Aku try buat bunga Stokin, setelah hampir sebulan mempelajari selok belok pembuatannya.
Bahan-bahannya aku beli dengan sorang office mate Shikin, tak silap aku hari Rabu. Drive ke area belakang Jalan Tun Abdul Rahman, beli kat Kedai Bunga Reben. Limited jugak lah, warna-warna yang aku pilih, al maklum la baru nak try sendiri kan.
2 hari aku tak usik barang tu, masih kurang yakin dengan kemampuan sendiri.
Balik kerja aku lebih suka baca novel dari try buat bunga tu. Habis 2 Novel aku baca, Aura Cinta dan Maafkan aku sayang. Aku dah banyak baca novel kebelakangan ni... tapi novel yang paling lekat kat hati aku ada lah novel JAUH - Aisya Sofea. Entahlah kenapa, tapi sampai sekarang aku masih ingat JAUH lebih dari yang lain.
So, hari Sabtu tu, malam aku try la jugak buat bunga stokin tu. Bunga telur actually. Percubaan pertama aku, Bunga Orkid. Kenapa aku pilih Bunga Orkid?
Pertama aku memang minat sangat Bunga Orkid.
Kedua aku tak pernah jumpa lagi kat mana-mana web yang aku surf ada Bunga Stokin Orkid. Mungkin jugak aku miss out mana-mana web lah kan, tapi itu lah sebabnya yang mendorong aku untuk create bunga stokin aku yang pertama adalah Bunga Orkid.
Tipulah kalau aku tak kata bendanya tak complicated. Bisa-bisa jugak hujung jari aku sebabkan dawai halus yang aku pintal untuk jadikan kelopak bunga-bunga tu.
Ini lah hasilnya. Bunga Orkid aku yang pertama. Aku namakan nya
BUNGA ORKID - Pandang Pertama.
Yang ni gambar
Orkid Pandang Pertama - Gambar penuh.
Cantik tak? ^_^ , Kali pertama tengok memang aku tak percaya bahawa akulah tuan empunya hasli kerja tu. Nasib baik ada gambar sebagai bukti. Serasakan ilham ku mencurah-curah aku teruskan dengan membuat bunga yang kedua...yang ni lebih kepada bunga-gunga yang aku pernah lihat...cuma tak tau namanya.
Bunga ini, my second touch - Aku namakan nya Bunga Bahagia .
Kenapa aku letak nama tu? Sebab dari tona warnanya yang lembut
dan buatkan dia pada mata ku sangat Bahagia.
^_^ pada aku lah kan.
Bunga ketiga - Aku namakan nya - Bunga Dambaan Hati.
Nampak ringkas tapi masih menarik perhatian ku.
Bunga ini buat kan aku jatuh cinta padanya. Huhuhuhu
Ini lah dia kesemua gambar bunga-bunga citra ku. Aku dah plan nak pegi lagi beli bahan-bahan baru, warna-warna yang lebih pelbagai dan sekarang tengah nak cuba teknik dip pulak.
Doakan aku berjaya. Cantik? Ada rasa nak menempah? ^_^ Buat kerja part time. Buat duit pocket, boleh kan?