28/01/2010 - Today during lunch hour, aku dengan Afiza pegi ke KLCC,walking distance je…
So…since yesterday dah gaji…jadinya kami pun gi la withrawl salaries and bayar la apa-apa nya patut…
Settle urusan berkenaan hutang piutang…kami ke Isetan…sbb minggu lepas dah received dia punya newletter…
Plan nak window to window je…tapi memang tak boleh nak elak kalau dah sampai kat kids area…
Since tadi kat office dah janji dengan Elly yang I nak belikan dia something for her hair…
Then I beli cekak rambut kat mellow-shop…first tengok dah boleh bayangkan si Elly pakai …so terus ambik je another two untuk anak2 aku la kan
Pas tu tengok baju budak2 semua offer 50% to 70% ….aku pun ambik la 3 helai T untuk anak-anak…masing-masing sorang satu…Seperti biasa la kan…siapa2 yang kenal ngan aku memang tahu cara aku shopping macam mana…
Biar aku bagitau je la lagi sekali kat sini…usually… kalau masuk tahun baru aku dah start shopping untuk pakaian anak-anak…untuk persedian Hari Raya yang akan datang…. September 2010. WHY aku shopping earlier that orang lain?
1. Because aku tak suka last minutes preparation…
2. Aku ada budjet untuk diikuti…percaya tak aku dah siap kan satu list untuk daily used… so untuk benda2 yang luar dari daily used, aku dah tetapkan budjet untuk spent…sebulan berapa banyak…budjet ni akak carry on (tak de ended date)…
3. Lepas tu untuk pasti kan mereka2…yang dibawah kawal selia aku…dapat barang-barang yang elok…because aku beli sedikit-sedikit..so tak de la sampai terbeli barangan yang tak sepatutnya…main tangkap muat je…janji ada…ada peluang untuk buat pilihan…tenure pun panjang…tak kelam kabut…
4. Off course dengan budjet yang ada aku boleh pilih barang yang elok dari segi quality dia…brand dia and most of all a worth value for my monies…
-------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam 2/2/2010– Sempena merasmikan bulan baru… February… ^_^ aku gi KLCC lagi dengan Atiqah, teman dia bayar bill Maxis. Then we had pasta for our lunch.
Olio Seafood RM7.00
Ice Lemon Tea RM3.30
Ada pulak tragedy tertinggal payung - nowadays dah dekat tahun baru cina, so cuaca pun dah mula panas…tu la pasal bawak payung…tak sangka la tertinggal pun..satu hal lagi nak kena patah balik gi ambik…
Sib baik pinjam org punya kalau tidak…memang aku tak kesah le ngan benda alah tu…sbb bukan nya payung baru pun…hahahahah. Kecik pulak ati Roza…baca ni kang…hahahaha
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni 3/2/2010 – Pagi2 lagi dah pekena roti canai ngan teh o suam…kat mamak belakang office. Hari ni breakfast ngan Siti Mahanim…
Baru semalam Husband dah tegur, cakap badan nak kena jaga…sbb aku kerap sakit tumit…ni penyakit baru yang aku dapat…2 minggu lepas dah menanggung sakit ni…tak tau pasal apa tiba2 kena…tu yang husband kata maybe because of my weight… :( cuba untuk tidak menerima kenyataan…pas tu dengan muka masam (merajuk)…masuk tido terus…konon2 tak jamah makanan la kan…aleh2 roti canai beb! Breakfast…
Kadang2 bila dah sakit berlarutan tu…terfikir pun dari segi supernaturalnya kan…mana tau kut2…ada terpijak tempat-tempat yang tak sepatutnye ke…tak pun kena buatan dek orang ke…hahahha cam kelakar je bunyik nya…tapi kalau duduk kat Malaysia ni apa2 je boleh jadi…tak kira la…bunyik nya macam pelik je kan…
Tapi…aku dah dapat ubat yang aku tempah dari Musliha… ya la dalam usaha nak memperbaiki diri zahir dan batin nya….aku order HPA produk kat dia….since aku pun ahil…dapat la harga ahli jugak…terima kasih kat Mus yang sudi…di tumpang order :)
Herba Tuju Angin – RM20.00
Paramaria Plus – RM20.00
Radix – RM20.00
Omega 3 – RM32.00
Minyak But-but – RM10.00
Aku nak tengok lepas ni ada perubahan tak dengan aku punya tumit dan angin…sebadan ni…
Mintak-mintak investment ni berhasil.
Lepas tu sambung pasal makan…lunch tadi makan pulak Pizza…Waikiki Paradise lagi…hahahha adui!
Esok kena start makan ubat dah…hari ni tak termasuk pantang lagi…(ni ayat org cover line)
Hari ni Husband ambik aku kat office, sbb dia tau aku sakit kaki ye ye ye…tak pun sebab dia nak pujuk gak kut...pasal semalam aku merajuk....huk huk huk