Monday, May 17, 2010

Murni Not feeling well~

My first daughter is not feeling well. Having Asthma Attack... Pity her... she's got it from my genetic. My father and one of my brothers got it. Why must it happen to my TREE? Pity her :( Don't know what to think when doc said she have to use that things at least for 15 minutes.
She must be weird why I am taking her photo during the treatment.

Get well soon dear. Mommy will be with you until you are OK.
She is not able to celebrate Teachers Day for this afternoon.
I remembered how hard she tried to prepare the card for her Sir Murugan.
Actually I got CMMI training for FAR and ATM starts last Friday until end of the months. Every 9:00AM to 1:00PM. Friday, I am not in the training because of my assistance is on MC for 2 days. Than my priority of course is my department, so I stand alone to create all the logs and keep all document printed for filing, closed all the logs, picking up the call and argue with my boss. Liaise with all kindda people regards to works. Be at odds with them as well due to principle. Again and again…. Sometimes I felt I am to all to these surroundings …. I need some space for myself.

Today happens that my daughter is not well. Asthma Attack. Of course I am at home looking for her. Family and Kids is all my main concern. Jobs come second. I am EL today and tomorrow as well.

Wednesday is my first day at office for this week. Hope I still have guts to face anything at office.

Friday, May 14, 2010

Tinggalkan Aku - Annuar Zain

Sedap pulak dengar lagu ni. Melody dia best....

Katamu cinta telah tiada
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa
Habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya

Katamu dia yang lebih sempurna
Dia lagi jiwa
Dia lapas asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu
Menyusuk jiwaku
Kini kau kembali padaku

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali ke dalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku
Tanpamu ku termukan sinarnya

Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku...

Monday, May 3, 2010

Side income

Kebelakangan ni, kebiasaan aku dah bertukar sikit...

Busy pun ye jugak. Aku banyak habiskan masa buat kerja side income. Start sebulan lepas aku dah busy buat kerja side income. Buat kuih berjenis2. Kuih traditional mostly.

Penat tapi berbaloi, skills pun boleh polished balik. Bukan apa kadang2 kalau lama sangat tinggal resepi pun hilang dari ingatan. Kek Coklat Moist aku pun kencang gak permintaan dia...cup cakes tu semua. Walaupun aku punya cup cakes design dia tak de la hebat mana pun compare ngan orang lain punya.

Kat office pun kerap ada meeting and training, so refreshment dia org bagi aku buat... so skills been polished la jugak. Latest ada meeting ngan banks...1 hari 6 jenis kuih. Dalam kepala ingat nak buat:-

Karipap udang kering - sebab dah biasa buat karipap sardin untuk office
Cara Berlauk
Kuih Bingka Labu
Kuih Sri Muka
Cucur Badak
Apam Gula Hangus

Emmm apa macam? ok kut tak.
Baru2 ni aku invest sikit duit beli barang-barang buat kek, such as acuan berjenis2 dan bahan2 nya sekali... dulu aku selalu beli barang kat BidoVally. La ni aku ada kedai baru, dekat jer ngna rumah 'Madellines' emm murah sangar kat situ, cuma dia baru bukak dalam 2 3 bulan so masih banyak barang yang tak de. Tapi biasa aku dapat jer apa aku ndak kat situ.

Put asside pasal masak-masak nih. Dulu aku ni suka buat baju kurung ngan baju melayu....menjahit la kan...pas tu aku suka buat kerawang atau tikam kat leher....baju kurung. Ingatkan passion aku kat situ, tapi rupa2 nya sekadar hobi jer...lama2 aku tinggalkan mesin jahit aku dan focus pulak kat melukis...banyak jugak la lukisan aku gantung kat dinding...tapi bila dah ada anak tak leh nak concentrate dah....so lukisan aku setakat tu jer....

Lama jugak aku 'idle', not having a clue to decide which is which I like better. 2005 my 5th wedding anniversary, since kami tak de any where to go or any interesting things to do so I decided to cook for my husband and also buat kesyukuran dengan menghantar lauk2 ke rumah jiran. I remembered that day I masak:



Nasik Beriani
Acar timun
Rendang Daging
Sayur Campur (baby corn,brokoli,mushroom, carrot and green beans)
Ayam goreng halia
Puding Susu Marmar

Hantar kat rumah jiran2 yang kenal rapat jer....
Dari situ la mula2 nya macam mana aku terus sampai sekarang memasak. ^_^ Sokongan dari kawan2.

Lepas tu banyak la jiran2 (kawan2 aku la jugak semua tu) tanya kalau tempah macam mana? At first memang tak reti nak letak harga... tapi setelah mendapat maklumbalas dari kawan2... aku focus buat kuih traditional, kek dan biscuits sahaja. Unless kalau dia tempah...whole set of food then aku charge harga catering...

Begitu la kisahnyer. Tapi aku tak rasa nak lepaskan 2 lagi hobi aku tu.... masih berkira2 nak mengumpul facilities nye untuk bermula semula...but not full time sekadar nak mengisi masa terluang. Anak-anak mesti suka....main conteng2 ngan aku....emememme kena fikirkan cara terbaik naik main conteng2 ngan depa nih....kalau tidak habis la rumah..even spongebob pun boleh lukis kat lantai rumah tu...

lagi satu, semenjak awal tahun 2010 nih, tumit aku asyik sakit... I tak pernah ada penyakit ni sebelum ni... di tambahkan lagi dengan aku kerap berdiri lama kat dapur buat kuih...jadinyer serba 'bisa' kat tumit... nak masuk bilik air satu malam tu, aku tersalah pijak... dan jatuh terduduk kat lam bilik air... terus la tumit aku getting worse...yang sedih nya dek kerana husband tengah demam bola permintaan aku nak kan dia beli minyak gamat... tidak di ambik perhatian...pas tu terus jer la tidur....

Pagi nak bangun buat sarapan budak2, tiba2 tak boleh berdiri, pedih yang amat...aku apa lagi, nangis la...tahan sakit. tak pasal2 EL ari tu sebab tak lah nak melangkah...tersadai kat atas katil jer la. Husband bawak jumpa doc untuk pemeriksaan... sib baik tak de major injured. So aku rehat kat rumah, bangus hanya untuk pergi bilik air, the rest semua husband tolong buat kan.. risau jugak ..kang relex banyak sangat ...terlumpuh pulak kan.... petang tu bila bengkak dah susut... aku buat senaman sikit kat kaki aku tu... sebab esok nak kerja....Jumaat lepas 30/04/2010.

Kat opis, boss tanya nak kerja work from home ke tak? aku memang tak suka work from home sebab aku rasa macam tak progressive jer...dan lagi tak de org yang kita nak cakap .... anak2 gi sekolah... husband kerja...tinggal la sorang2 kat depan laptop...eeeyewww sungguh tak sesuai dengan aku yang suka bersosial...hahahahha

Hari Sabtu berurut... ngan Makcik Aminah, Lin yang kenalkan. Urut satu badan....Makcik Aminah ni ajar aku satu perkara.... untuk awet muda....iaitu bersabar banyak2. Actually aku tanya Makcik Aminah at first ni petua dia yang masih kekal cantik...dalam usia dia yang 62 tahun tu. Bayangkan aku ingatkan usia dia dalam 40 an jer. Kecil moleh jer orang nye... ke aku yang nampak tua ek? haisss! tak leh jadi nih...

Petang tu, kami balik kampung husband, walaupun aku insist tak nak pegi dengan keadaan aku yang tak sihat tu...husband nak balik jugak.... aku bagi syarat kalau nak balik kena tunggu drama taiwan aku habis tengok dulu 6.30 pm tu 8.00 pm. Dia setuju...so tak de alasan lagi aku tak nak balik kampung... bertolak dalam pukul 9.00 malam. Kami tak de singgah kat mana2 hentian rehat pun...gara2 nak kejar masa. Berhenti kat Hentian Rehat Lancang je....sebab aku nak terkencing sangat. Aku takut jer jumpa benda pelik2 kat jalan, sebab last balik kampung ari tu, tengah famous ngan cerita pocong... takut beb! Aku pejam mata sampai la kat depan rumah.