Lama dah tak tulis apa2 kat blog kali ni, Lepas Raya ari tu, terlalu banyak benda lain yang nak di settlekan. Dari bab2 kerja kat opis hingga la ke rumahtangga.
Flight hari tu dari Sibu pukul 6:45 pm, sampai kat LCCT around kul 8:45pm…Bagasi agak lambat….Najib (adik ipar) ambik kat airport. So on the way home, aku Cuma baringkan kepala…pikir-pikir-pikir….macam2.
Firstly, my mom….kali ni kenapa aku tengok mak macam dah tua sangat…memang dah tua pun cuma aku rasa dia lebih tua dari usianyer. Pas tu dengan kencing manis, darah tinggi…pas tu simptom2 menopause dia… kejap2 kecik ati…nangis!...aku sedih tengok mak macam tu…kena pulak anak2 yang berbagai ragam…
Memang la kadang2 tu rasa macam pelik kenapa dia kecik ati…nangis, tapi bila pikir balik pasal simptom2 dia tu….aku terpaksa…butakan mata….tak mau layan sangat perasaan dia…apa yang selalu aku cakap Cuma, “ Dah la tu….tak de apa2 la tu…biar jer…nama pun budak…memang cam tu” antara ayat2 aku yang aku biasa cakap kat mak. Dengan harapan mak berhenti nangis…kadang2 berkesan…dia akan buat tak tau jer yang baru sekejap tadi dia nangis… haiz!!! Tu baru mak..esok lusa mungkin aku pulak, lebih teruk dari mak…
Aku ni secara overall nya tak suka involved to deep in others matters, setakat tau sikit2 is enuff…tapi bila kena mak sendiri…aku tak tau apa nak buat…berbelah bahagi…interpersonal conflict. Takut kan aku salah meninterpertasikan, aku punya feeling ngan body language tak synchronize…mak jugak yg kecik ati nanti.
Sebab mak juak la aku nekad nak balik Sibu, mintak di relocatekan ke Sibu office. So, dekat sikit aku ngan mak… boleh tolong dia apa2 yang patut…mak sekarang tinggal sorang kat rumah…walaupun dik beradik yang lain dekat jugak ngan dia..tapi masing2 tak de masa untuk dia…lagipun mereka kena kerja…shift pulak tu…mana ada masa nak luang tuk mak…aku pun faham keadaan mereka. Sebab tu la aku ambil initiative ni. Aku tak boleh duduk ngan mak, aku takut ayat2 aku yang power2 ni bisa menguris hati dia, jadi aku akan carik rumah sewa dekat ngan mak. So aku boleh pergi dan balik ke rumah mak senang2…before aku gi kerja mungkin aku boleh buat sesuatu tuk mak…contohnya cam buat sarapan ke lunch ke…sebelum gi kerja…balik petang masak tuk makan malam kami dan mak sekali…sabtu ahad…boleh bawak mak jalan2…
Mak suka jalan2….mak tu sebenarnya tak suka sunyi… tapi bila dah ramai sangat…ngan cucu2 kaki panjat, lari sana sini…dia jugak yang tak tahan….mak mak…
Aku tau, aku sure tak syok kat sibu nanti macam kat sini. Kat sini banyak kawan…bole tukar2 idea. Kat Sibu staff dia majority Cina…jadi ada benda2 nak discuss pasal adat dan budaya org kita ni …terbatasla…tapi kalau takat nak bincang pasal kerja should be no problem.
Tapi aku masih tak tau setakat mana progress “relocation” aku tu, so far…sbb boss busy sangat tuk update aku. Latest update: hari Jumaat lepas – dia inform yang aku punya relocation tu tak will not be so soon….somewhere on December year end.
He even offers a job for my husband at Sibu office as well. What ever it is, I have to wait until he updates me with more info. Penantian tu kan satu penyeksaan….husband pulak tengah view dia punya bank portal, cawangan Sibu bukak vacancy….so dia tanya is it true that my company offer him and confirm my relocation….aku pulak yang confuse…puzzle…enigma~