Friday, September 9, 2011

Adik...

Nak kongsi kat sini sikit pasal soal hati dah perasaan …aku yang bercampur baur nih...
Bukan pasal apa pun…pasal anak-anak jer :)
Pepatah ada mengatakan dalam setandan ke seikat entah? Pisang tak semua nyer sama, tak satu atau dua mesti akan different dari yang lain nyer.

Anak2 aku pun tak terkecuali…anak bungsu aku sedikit lemah pencapaian academic dia.

Bukan salah dia pun… salah kau jugak..
Cerita dia begini… kita mula dengan kesah abang dulu la ye… Abang aku ajar sendiri start umur 3 tahun …dari kenal objek,huruf,warna,ABC dan asas muqadam. Abang jenis yang belajar dalam suasana bising..contoh depan TV atau radio terpasang. Macam2 alat aku beli untuk kenal kan dia dengan alam ‘Belajar’. Contoh nyer, cam warna asas… aku belikan dia span cuci pinggan jer…yang ada kaler2…reason senang pegang atau picit2 tak pecah dan selamat tuk dia belajar…macam huruf…dari remote control dan no plat kereta…lama2 dia biasa…dia tak kan cakap jenis kereta…tapi dia akan tegur no plat kereta…kalau kami on the road…. Begitu la seterusnyer…
Since dia dah ada asas…home school… aku hantar dia ke tadika masa usia dia 6 tahun.

Alahamdulillah…Abang tak menghampakan pencapaian dalam kelas bagus. Dapat lah jugak hadiah masa akhir tahun tuk pencapaian academic dia setakat umur 6 tahun tu…
Memandangkan aku berjaya ajar abang, kaedah yang sama aku buat tuk kakak..anak kedua, kakak lagi cekap dari abang… dia dah boleh baca dengan lancar masa umur 6 tahun. Malah bole eja words yang rasanya dak tadika tak leh eja lagi. Sampai sekarang kakak ngan abang bersaing…so far kakak mengatasi abang…tak pernah kakak dapat no bawah dari top 3 dalam kelas dia dan terbaik keseluruhan.
Kalau on the road…kakak akak guna no plat kerete tuk buat ayat…contohnyer.. WVD 5566 = Wau dalam Van Dia ada 22 biji. 5 + 5 + 6 + 6 = 22.
So tuk adik pun aku buat kaedah yang sama jugak…, aku terover confident yang adik sure boleh jadi cam abang ngan kakak…adik pun aku hantar ke tadika masa umur dia 6 tahun jugak, beza nya adik aku hantar ke sekolah tadika Islam. Aku bagitau yang dia tak pernah bersekolah lagi. Harapan aku semoga cikgu2 dia faham keadaan dia yang tak pandai lagi mengeja seperti aku cakap masa daftar abang ngan kakak jugak.
Adik ni diam org nya, tak suka bergaul sangat ngan org, dunia dia cuma kami jer. Mula2 aku tak perasan yang adik sebenarnya ada masalah dalam pelajaran. Sampai la hari parent meet teacher….tuk discuss hal anak2 and sign report card adik. Masa tu aku terkejut yang adik tak tau mengeja nama sendiri, tulisan pun besar…tak balance… pas tu aku explain ngan cikgu tu yang dia tak pernah ada pendidikan formal until la umur 6 tahun. Yang mengejutkan ialah cikgu dia cakap murid 6 tahun kat situ cuma diajar untuk bergaul sahaja…academic dititikberatkan masa umur murid 5 tahun.

Tak tau nak kata bertapa kecewa nya aku masa tu, nak2 bila tengok muka dia…sedih nyer lah. Aku nak tukarkan dia sekolah, tapi Ba kata biarkan dulu sbb masih baru lagi…mungkin later on boleh catch up. Aku turut gak kata Bat tu. Aku jadi cikgu dia …aku double up ajar dia…
Adik mahir dengan doa2 harian…yang tu satu pencapaian yang lain dari abang and kakak masa baya2 dia. Doa bangun pagi, doa nak masuk tidur, masuk tandas keluar tandas, doa sebelum makan, selepas makan,doa naik kenderaan, salawat ke atas nabi hatta ayat kursi adik bole hafal. Even masa aku baya2 adik pun aku tak reti lagi baca ayat kursi…huruf jawi pun aku tak kenal semua lagi.

Lepas tu baru aku perasan adik punya cara belajar lain dari abang dan kakak. Dia belajar dengan rhythm. Sebab semua doa2 yang dia hafal ada bunyi yang berbeza. Macam lagu dengan lirik. Lagi satu dia tak suka belajar dalam suasan bising macam abang. Timing belajar dia time nak masuk tidor, kalau kat TV atau drama kita tengok org putih ni suka baca buku cerita tuk anak2 depa. Tapi kami berdua lain kami belajar.
Aku cuba lah kaedah belajar masa nak masuk tidor nih. Tengok berkesan ke tidak…

Mula2 aku ajar dia kena nama dia dulu…bunyi,eja dan kenal huruf dalam nama dia…pas tu aku suruh dia tulis atas kotak belajar kami… esok nye dia dah bole tulis nama dia dan bila aku tanya nama adik siapa…dia jawab MU..mu Fi ..fi …DA..da (Mufida)… alahamdulillah hati aku berbunga jugak akhirnya.

Sejak itu, aku teruskan mengajar dia time nak tidor tu…statistics belajar dia terus meningkat hari demi hari. Mula dengan kenal nama dia sampai la ke campur tolak, sains, Bahasa English, Iqraq, suku kata dan membaca…. Sekarang adik dah masuk Tahun Satu. Dia dah bole membaca…walau pun tak lancar macam kakak semasa usianya…sesekali dia masih mengeja jugak tuk kenal bunyi …menitis ari mata aku bila dengar dia boleh membaca. Tak sia2 aku korbankan waktu tidor kerana nak dia pandai.
Selama aku mengajar dia pada waktu cam tu, suatu hari tu aku terdengar atau terjumpa (tak berapa nak ingat) atau maybe aku tengok kat TV. Ayat2 pada saat nak tidor iaitu..bila mata…dah start berat…time ni apa2 yang kita cakap rupanya lebih di ambil peduli daripada sewaktu mata kita active. Nanti la bila aku terjumpa …akan aku paste kat sini tuk rujukan kalian. Katanya kalau nak nasihat anak..time2 dia nak tidor tu …usap la rambut depa sambil cakap perkara2 baik…contoh…anak umi ni baik, anak umi anak soleh…pandai belajar…sayang umi ngan ba…cam tu la antara contoh nyer.

Cubala no harm trying…
Baru2 ni dia stand periksa… adik bawak balik paper Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahsa Melayu Penulisan…dua2 paper dia scores 90% ++. Aku rasa macam aku pulak yang ambik periksa…syukur sangat…Sains dia 73% dan Bahasa English dia 77%. Aku tengah tunggu paper maths dia pulak.

Aku akan make sure adik belajar sampai betul2 faham dan tahu apa dia belajar.

Lagi pun dia amanah aku, aku kena didik dia walau macam mana sekali pun.
Hope kalau you all ada problem ngan anak2 yang lemah ni…jangan di marah…cuba tengok cara dia seharian…mungkin korang dapat kesan yang sebenarnya dia org ni berlainan cara tapi masih bole di usahakan cara2 nya. Macam kes aku…hope seikat pisang2 aku tak de la yang tak bole dimakan langsung…insyaallah…Amin.

Thursday, September 8, 2011

Ice Room Kota Damansara


First check-in at Ice Room Kota Damasara.
Green Building...
*** n 1/2 stars








Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011 - Pahang



Gambar Raya kami tahun ni, raya belah Ba jer. Tapi tahun ni kami ada extra family yang beraya sekali ngan kami di pahang....Tom n Aimi...due to cuti raya dak berdua tu pendek jer. So aku bawak adik bongsu aku ngan anak buah aku sekali raya kat kampung Ba.  Tahun ni cuma kami jer ngan dik beradik Ba yang tak kawen lagi jer yang tinggal beraya.  Maklum la semua ikut turn.  Semua beraya belah husband. : )
Sama la macam aku pun....Ni antara gambar2 yang kami ambil...ngan dik beradi, mak mertua, anak-anak and anak-anak sedara.
oh ya lupa nak update...tema kami tahun ni merah hitam :)

Anak-anak tak syok sbb kena posing ambik gambar. masing2 sibuk nak collect duit raya. sabor jer. Tengok jer la muka adik tu..muncung panjang huahuahua....tapi malang nyer tak de sapa nak layan dia....kwang3
 Malam raya Ba ngan Tom bakar sate, aku beli sate ngan dak opis....giler sedap...besar lak tu....tak percaya tengok jer la picture bawah tu.... Sate daging dia sedap...lembut jer isi...tak de pun kena daging2 yang liat tu.  Alahamdulillah....Order 300 cucuk. hahahahha raya pertama jer dah habis.....malam raya dah makan dah sate sambil tengok tv. Cam mano tu...


 Tengok la gebu nyer sate2 nih. Geram jer tengok...Ba kata depends ngan kepakaran gak nak bakar sate nih...huhuhuhuhu. 
Ni la muka2 lelaki2 di bawah naungan aku... Tom belajar lagi... Ba tempat mengadu nasib dan bermanja...Naim anak lelaki yang gebu...bole tolong habis kan makanan yang aku masak :)

Ni masa kami gerak balik kampung