Deman Drama Melayu dah menular balik... Satu perkembangan yang tak disangka2 saat Korean Wave menjadi-jadi.
Mana2 pegi mesti dengar kawan2,jiran2, kenalan bercerita tentang drama Melayu. Terutama drama2 melayu yang genre dia love story ala2 melancholy gitu...tapi ending mesti happy la kan....
Seram2 ni dah tak berapa nak jalan dah. Maklum la trend sekarang tengah suka drama korea, reason lari tengok drama korea pun sebab Drama Melayu…banyak sangat cerita seram. Kalau nak list kan kat sini mesti korang tak percaya berapa punya banyak da. So, kalau nak tengok genre lain …alternative dia ialah tengok drama orang la jawab nye…such as Drama Korea, Indonesia,Filipina or Thailand…hatta Drama dari benua latin pun layan…mungkin orang kita dah bosan kut dengan ceita seram, nak2 ibu2 yang duk kat rumah, baby sitter yang jaga anak-anak ni semua…mak2 kita…suka layan ceita yang ringan…terutama as love story. Tension kat rumah, dengan kerja rumah dan jaga anak n baby orang, tak kan nak tension lagi tengok drama...betul tak. :) Hero/Heroin Malaya pun dah kurang menonjol dah sekarang ni.......
Ini pendapat peribadi aku jer la kan.
^_^ meh sambung balik....Baru2 ni aku dilanda Nora Elena wave jugak...walaupun lewat berberapa bulan dari org lain. Baik anak-anak balik dari sekolah pun cakap pasal cerita nih. Even tengah pilih2 lauk kat kedai pun dengar makcik2 cakap pasal cerita Nore Elena nih. Fuh! Sedap sangat ke drama nih. Hati aku kata la kan.
Memandangkan aku ni kerja pergi pagi balik petang, sampai rumah pun pukul 7:30 – 8:00 maka tak de masa lah aku nak tengok cerita tu. Info yang aku dapat pasal cerita ni satu2 nya ialah drama ni diadaptasi dari Novel “Kasih Yang Suci” karya Meen Zulaika. Aku pun memang rajin la melayan sendu novel2 melayu. Sebabkan curiosity tu dah terlebih nak tahu al kisah drama tu.
Aku pun beli la Novel “Kasih Yang Suci”. Bila baca aku terjatuh cinta la pulak dengan hero dia Seth Tan… huhuhuhuhu charming beb!....bertitik tolak dari situ timbul pulak rasa nak tau…apa beza novel ni ngan drama Nora Elena.
Dengan semangat yang membara nak tahu jalan cerita tu, aku pun mintak tolong sahabat baik aku kat office, Encik Assraf Kamarudin…(terima kasih banyak2 tau) mintak tolong downloadkan dari internet. Hadiah yang aku kena bayar tuk download drama “Nora Elena ni ialah tahun depan aku tak dapat gift tuk birthday tahun depan..hehehehehehehe. Consider dah dapat hadiah tuk tahun depan la nih…. :) cute kan kita org nih.
Aku layan ceita ni senyap2…hehehehe malu beb!... sbb kawan2 dah tengok lama…..aku baru jer nak layan…kesian giler.
Ada 24 episode semua nyer. Masa bukak jer…drama tu kat laptop… aku terkejut tengok hero dia Aaron Aziz as Seth Tan. Alamak...lama nyer tak tengok dia nih....ye la sbb dok layan Jang Geun Suk,Lee Minho dan Kim Hyun Joong...aku lupa kali terakhir tengok drama melayu....zaman-zaman Nur Kasih jer....
History: Drama pertama Aaron yang aku tengok dulu...ialah lakonan dia dengan Sharifah Amani, tak ingat nama drama tu. Drama tu…ala2 Betty La Fia gitu. Terikat dengan perkahwinan Kontrak. First drama jugak yang aku layan…without Rosyam Nor. Masa tu hati kata..not bad hero ni… langsung dari drama tu…ada jugak 2 3 drama dia yang aku layan…lakonan Aaron Aziz…such as Kasih Tercipta and Cinta Gila.. tapi time tu tengok2 gitu jer la. Tak terkesan lagi nak layan tul2....
So heroin dia pulak Siti Saleha as Nora Elena…fuh! New comer, aku kenal dia ni as Isteri Ustaz Amirul. ^_^ Drama kat TV3 jugak. Suka sangat ngan nama dia, nama betul2 Melayu…walaupun muka dia Pan Asian .... muka dia pun so so so sweet.. beradik dengan mamat bunkface dengar nyer. As new comer Siti Saleha ni sungguh bagus dalam lakonan dia, tak nampak kekok berlakon dengan Aaron Aziz as senior dia. Dari mata dia kita bole rasa perasaan Nora Elena nih. Penghayatan dia ni sungguh terkesan…both of them are perfect match as hero and heroin… dulu ada Rosyam Nor and Eja. Bollywood ada Shah Rukh Khan and Kajol… begitu la seterusnya kan kan kan.
“Adaptasi longgar dari novel karya Meen Zulaika” – aku dah agak mesti ada kelainan drama ni…diam x diam aku layan sampai habis..episode 24….berbaloi aku miss hadiah birthday tahun depan..hahahahaha.
Sedikit perbandingan nak buat tuk Drama dan Novel:
Seth Tan and Nora Elena - sama dengan Novel
Housemate Nora: Dilla n Rozi - dalam Drama ada Dilla jer...watak Rozi jadi Dilla
Housemate Saiful Edham: Kamal - sama dengan Novel
Amir: Dikembangkan dalam Drama - sama dengan Novel
Eddie: x de dalam drama
Yvonne: sama dengan novel
Maria: dalam novel Mei Ling
Kak Pah n Pak Ali: sama dengan novel
Sence Drama vs Novel:-
1. Terlanggar bawak air dalam restaurant - ada dlm novel
Iklan dalam newspaper - ada dlm novel
2. Hantar Nora balik melaka - ada dlm novel
3. Dinner and dialog "kenapa saya lambat jumpa awak" - ada dlm novel
4. Cameron - ada dlm novel
5. Tengok pelangi and dialog "Rupanya tuhan turun kan hujan sbb nak bagi kita pelangi" - ada dlm novel
6. Suka fresh flower - ada dalam novel - tapi dalam novel bunga yang nora elena suka lebih specific - Bunga Kasidah...
Watak Saiful Edham - tak segarang Ed dalam Drama
Watak Seth Tan - dalam novel lebih posesif n lebih ada sence of belonging
Watak Nora - Lebih lembut dan loving compare dengan dalam Drama...
Cukup la tu kut...hehehehehehe
Pasal drama ni, aku dah tak tengok drama korea, sbb rupanya ada lagi karya org melayu kita yang sedap di tengok…even lagu2 dalam drama tu pun sedap2...one thing for sure...lagu kalau seiring dengan jalan cerita...sure lebih terkesan kat penonton...aku upload ke blackberry…lagu latar drama ni yang menjadi favorite aku…
Dan Bila Esok – Sofaz
Terhenti di sini – Asfan
x dapat tengok kat laptop dapat jugak dengan lagu, jadi la…. This is phenomenal.
Hope orang melayu kita lebih success dalam karya2 mereka..jadi lebih bagus…adaptasi lagi novel-novel melayu...banyak yang best2....
Nora Elena ni cerita kedua aku enjoy selepas Nur Kasih… and hope sangat lepas ni ada lagi drama lain yang mengabungkan Aaron Aziz dengan Siti Saleha. One drama is not enough beb!… we want more…pleaseeeeeeeee beg you all…
Mintak2 lepas ni ada yang adaptasikan JAUH....karya Aisya Sofea...please ye...lagi bagus kalau Aaron Aziz n Siti Saleh jadi watak utama ....please ye...tolong consider...nice novel nih!
Syabas!!!!