Assalamualaikum,
Entri
bulan October aku kali ni lambat sikit.
Macam tak percaya yang aku busy la…Dengan kerja kat office, dengan
bakery n family.
Awal
October hari tu Aidil Adha, aku tak balik Kuching, beraya dengan family belah
husband. Aku beli daging salai sekali
ngan perencah masak lemak lagi. Cadang untuk
makan ramai-ramai nanti kat sana.
Kami
bergerak balik hari sabtu selepas subuh… sempat ngeteh dulu before gerak… sbb
sure trafik jammed. Nak singgah makan or kencing ke…mesti Q panjang. Arah kami ke belah pantai timur… Pahang. Jalan
jammed selepas tol Gombak lagi… so drove dari pukul 8.00 pagi sampai kampong Ba
pukul 1.00 tengahari.
Tapi
sampai Temerloh, jalan dah ok… So sempat
la singgah beli kerepek and kuih2 lain tuk buah tangan. Sedap nanti makan sambil tengok tv. 3 peket RM10.00 aku beli 6 peket termasuk
bahulu n popia gulung. Yang dua tu tak
termasuk dalam package 3 RM10 ye… J sampai2 je mak
mertua kata dia dah siap masak tuk kitaorg.
Lega…hehehehe
Kat
rumah ada parent mertua, 2 adik Ba and mak sedara dia dari kuantan kalu tak
silap. Beraya sekali dengan kami kat
rumah tu. Lepas makan kami dah mula buat
menu tuk Aidil Adha pada hari Ahad (iaitu esok)… Aku paling suka buat ketupat palas, seronok
membentuknya jadi ketupat palas tu.
Nasik impit mak mertua buat sendiri jer… Tahun ni mak mertua buat korban
tapi kat rumah abang dia… iaitu merangkap pakcik Ba. Sebab Lembu kat kampong di Kuantan tu lagi
murah kata nya. Jadi mereka kumpul2 la kat rumah abang dia tuk upacara korban Tahun ni kami saja yang beraya kat Pahang,
sebab yang lain2 pun beraya belah mak mertua.
Raya puasa hari tu mereka berkumpul , kami pulak yang raya kat Kuching…
so tak de la jumpa diaorg lagi.
Malam
tu pulak kukus ketupat pasal, masak rendang daging and rendang ayam sekali. Tak dan nak tunggu esok beraya. Kami dah saling merasa masakan malam tu. Layan mak mertua nyer rendang dengan ketupat
palas. Perrghhh! Terbaik mak.
Malam
tu jugak mak sedara Ba, balik semula ke kampong dia, reason jiran rapat dia
meninggal dunia. Sebab kenal rapat cam
keluarga, dia tak sampai ati nak beraya sedangakan jiran dia tengah bermusibah…
itu la nama nya pengorbanan…
Berkasih
sayang sesame islam.
Pagi
Raya dengar Takbir berkumandang sambil gosok jubah kami anak beranak.
Fuh!
Tenteram sungguh…Raya puasa ari tu tak puas dengar Takbir Raya. Lepas subuh terus jer aku iron baju kami anak
beranak. Baju melayu Ba n Abang… yg nak
solat raya. Abang dan sama besar dengan
Ba… rasa nya lagi tinggi dari Ba. Wal
hal baru form 1 (13 tahun).
Hasrat
nak duk 2 3 ari kat kampong tak berjalan lancar, parent inlaw nak gerak ke
Kuantan tuk buat qurban esoknya…raya kedua.
Before balik aku sempat petik daun2an yang patut... Daun Kari, Daun Selum,Daun Kunyit, Daun Pandan,Serai, Ulam Raja and kelapa.... So petang tu jugak kami bertolak balik ke KL. Yang best nyer tak kena jam. Mak mertua bagi bekal macam2… ayam rendang, daging rendang, ketupat pasal n tapai pulut. Satu best mak mertua aku ni… tapai pulut dia memang ngam ngan tekak aku…. J tq mak.
On the way balik sempat jugak ambik
gambar 2 3 click… langit yang hening semasa fajar turun tu…indah ciptaan tuhan…ada
burung2 terbang balik sarang jugak.
Tak sangka dapat snap yang tu., Gerak lepas asar…sampai KL kul 8.00 mlm.
Arsenal
lak life malam tu lawan Chelsea. Tapi
sayang tak de rezeki 2- 0. Tak pe la
Even
on paper pun Chelsea memang ada kelebihan nya.
Tapi aku tetap dengan Arsenal – Gooners konon2 nye. Best malam tu aku tak perlu masak. Lauk dari kampong aku makan ngan anak2.
Hari
isnin masih cuti, aku bawak anak2 jalan2. Bawak jalan dekat2 jer. Pegi AEON je.
Kebetulan ada sale up to 70%. So
aku beli 2 blouse 1 jeans and 2 kasut (ballet shoes). Dah shopping apa lagi mesti la nak makan kan…
ikut selera adik, kami makan kat The Chicken Rice Shop…. Berwajah baru dah…
Sejak
bekerja darah tinggi aku tiba2 tak stabil balik… setelah sekian lama dah
hilang, member dating balik da… first checked 125/160 second checked 160/104.
Tak
pasal2 kena ambik ubat berjadual… minggu ni nak pi check lagi…dah selang
seminggu aku tak gi check kat Doc Dennis aku tu. Hope ada perubahan sikit.
Hadanni
Scrumptious Series update pulak ye. Top
3 dalam HSS list:
Popia
Seaweed
Tart
Nenas Bunga
Kuih
Cara berlauk Ayam/Daging
Almost
hari2 ada tempahan, tapi disebabkan dah berkerja balik aku ambik order seminggu
sebelum delivery day. So aku bole la managed production and deliverance.
24
depan birthday my 2nd daughter.
Tak tau apa nak buat tuk dia. Aku
release dia tuk pergi bercuti ngan kawan2 sekolah. Ikut trip ke Gambang… as a
gift… majlis dia maybe later la… after she come back home…