Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya - Salam Kosong2 n Kek Lapis Horlick Masim Manis

As salam semua, entri ku for July, sebelum mulakan entri aku ni aku nak ucapkan selamat berpuasa… hari ni dah hari ke 28 puasa, tinggal 2 hari lagi kita akan bertemu ngan Raya.

Salah silap harap dimaafakan, entri aku yang korang rasa malas nak baca ke atau kata2 yang tak tersusun tu harap dimaafkan ye. Ku iringi dengan salam kosong-kosong ye.

July aku agak sibuk dari July2 aku sebelum ni… sibuk sebab Hadanni Scrumptious Series dapat tempahan kuih raya yang boleh tahan… Alhamdulillah… dalam larat tak larat kena jugak laratkan diri…sebab pertama… amanah!.. ^_^.  Bila org dah tempah, kerja aku ada lah siapkan apa yang org tempah… Kuih raya yang jadi “all time favorite” tahun ni… Tart Nenas Bunga, Blueberry Cheese Tart and Popia Seaweed.

Bila weekend jer aku kena start pagi and tutup oven lepas sahur… hah! Ko ado… pernah buat kuih raya sampai cam tu sekali ke? Oven dah la satu jer… tu pun investment aku yang kiranya berbaloi jugak….walau pun cuma bole masukkan satu tray… bersamaan dengan 100 pcs atau 2 balang kuih raya dengan isian 50 bijik setiap satu. So dapat lah dalam 12 balang x 2 hari 24 balang dalam masa 2 hari dihujung minggu ku… Penat… memang pun penat… tapi entah kenapa bila je tengok balang2 kuih aku yang bertingkek2 tu aku rasa cam lega sbb sempat siapkan tempahan. 

Hatta ada jugak yang tempahan last minutes ….aku buat jugak sebab kesian org nak makan… guna anak sebagai umpan… aku memang kalahlah… faham sangat kalau anak2 nak makan... terbayang muka anak2 aku sendiri..so aku buat kan jugak.  Hari ni last delivery - 25/7/2014. Lega sangat…

Malan ni buat kuih raya tuk kami jer, tahun ni raya kat Sarawak, jadi buat lebih tuk mak. ^_^… tak sabar nak jumpa my parent…kali ni kami balik semua… naik malindo air… tu jer yang ada and economical than the cheapest flight yang ada heheheheheh… tak risau nak tambah bagasi sbb dah include dalam tambang… unless u nak tambah kg lakan.

Smlm dah siapkan popia susu, mlm ni buat tart nenas bunga,samprit and snow white cookies. Nak coating pretzel jugak… best nyer la… akhirnya dapat buat kuih aku sendiri… pas tu nak buat biskut Cadbury (Cadbury dah di sah kan halal tau - biasa la tu saingan dalam business).  
Buat kek lapis horlick asam manis… yumyum…

Kek Horlick Masam Manis (Loyang kecil)
5 biji telur
250gm mentega
100gm gula kaster
220gm tepung Hong Kong
100gm Horlicks
½ tin susu pekat manis
1 paket manisan masam manis

Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Kemudian masuk telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.  Masukakn susu manis dan kacau hingga merata. Last masukan tepung dan horlick.  Wisk hingga sebati.  Bakar pada suhu 170’C.

Lapisan pertama hingga ketiga api atas bawah. Pas tu susun manisan masam manis. Masuk lapisan ke empat tukar api atas sahaja hingga selesai…selang 2 3 lapis kek letak lagi manisan masam manis. Lakukan hingga adunan selesai… Lapisan ke 2 last or last tukar api atas bawah pulak… hingga selesai. Bila dah lengkap satu kek… bakar api atas bawah selama 10 minit sebelum off oven ye.


Selamat Mencuba n Selamat Hari Raya n Maaf dzahir dan batin...