Tuesday, October 21, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha/ Qurban 2014

Assalamualaikum,
Entri bulan October aku kali ni lambat sikit.  Macam tak percaya yang aku busy la…Dengan kerja kat office, dengan bakery n family. 

Awal October hari tu Aidil Adha, aku tak balik Kuching, beraya dengan family belah husband.  Aku beli daging salai sekali ngan perencah masak lemak lagi.  Cadang untuk makan ramai-ramai nanti kat sana. 

Kami bergerak balik hari sabtu selepas subuh… sempat ngeteh dulu before gerak… sbb sure trafik jammed. Nak singgah makan or kencing ke…mesti Q panjang.  Arah kami ke belah pantai timur… Pahang. Jalan jammed selepas tol Gombak lagi… so drove dari pukul 8.00 pagi sampai kampong Ba pukul 1.00 tengahari. 
Tapi sampai Temerloh, jalan dah ok…  So sempat la singgah beli kerepek and kuih2 lain tuk buah tangan.  Sedap nanti makan sambil tengok tv.  3 peket RM10.00 aku beli 6 peket termasuk bahulu n popia gulung.  Yang dua tu tak termasuk dalam package 3 RM10 ye… J sampai2 je mak mertua kata dia dah siap masak tuk kitaorg.  Lega…hehehehe

Kat rumah ada parent mertua, 2 adik Ba and mak sedara dia dari kuantan kalu tak silap.  Beraya sekali dengan kami kat rumah tu.  Lepas makan kami dah mula buat menu tuk Aidil Adha pada hari Ahad (iaitu esok)…  Aku paling suka buat ketupat palas, seronok membentuknya jadi ketupat palas tu.  Nasik impit mak mertua buat sendiri jer… Tahun ni mak mertua buat korban tapi kat rumah abang dia… iaitu merangkap pakcik Ba.  Sebab Lembu kat kampong di Kuantan tu lagi murah kata nya. Jadi mereka kumpul2 la kat rumah abang dia tuk upacara korban  Tahun ni kami saja yang beraya kat Pahang, sebab yang lain2 pun beraya belah mak mertua.  Raya puasa hari tu mereka berkumpul , kami pulak yang raya kat Kuching… so tak de la jumpa diaorg lagi.

Malam tu pulak kukus ketupat pasal, masak rendang daging and rendang ayam sekali.  Tak dan nak tunggu esok beraya.  Kami dah saling merasa masakan malam tu.  Layan mak mertua nyer rendang dengan ketupat palas.  Perrghhh! Terbaik mak.

Malam tu jugak mak sedara Ba, balik semula ke kampong dia, reason jiran rapat dia meninggal dunia.  Sebab kenal rapat cam keluarga, dia tak sampai ati nak beraya sedangakan jiran dia tengah bermusibah… itu la nama nya pengorbanan…
Berkasih sayang sesame islam.

Pagi Raya dengar Takbir berkumandang sambil gosok jubah kami anak beranak.
Fuh! Tenteram sungguh…Raya puasa ari tu tak puas dengar Takbir Raya.  Lepas subuh terus jer aku iron baju kami anak beranak.  Baju melayu Ba n Abang… yg nak solat raya.  Abang dan sama besar dengan Ba… rasa nya lagi tinggi dari Ba.  Wal hal baru form 1 (13 tahun).
 Hasrat nak duk 2 3 ari kat kampong tak berjalan lancar, parent inlaw nak gerak ke Kuantan tuk buat qurban esoknya…raya kedua.  


Before balik aku sempat petik daun2an yang patut... Daun Kari, Daun Selum,Daun Kunyit, Daun Pandan,Serai, Ulam Raja and kelapa.... So petang tu jugak kami bertolak balik ke KL. Yang best nyer tak kena jam.  Mak mertua bagi bekal macam2… ayam rendang, daging rendang, ketupat pasal n tapai pulut.  Satu best mak mertua aku ni… tapai pulut dia memang ngam ngan tekak aku…. J tq mak.  

On the way balik sempat jugak ambik gambar 2 3 click… langit yang hening semasa fajar turun tu…indah ciptaan tuhan…ada burung2 terbang balik sarang jugak. 
Tak sangka dapat snap yang tu.,  Gerak lepas asar…sampai KL kul 8.00 mlm.

Arsenal lak life malam tu lawan Chelsea.  Tapi sayang tak de rezeki 2- 0. Tak pe la
Even on paper pun Chelsea memang ada kelebihan nya.  Tapi aku tetap dengan Arsenal – Gooners konon2 nye.  Best malam tu aku tak perlu masak.  Lauk dari kampong aku makan ngan anak2.

Hari isnin masih cuti, aku bawak anak2 jalan2. Bawak jalan dekat2 jer.  Pegi AEON je.  Kebetulan ada sale up to 70%.  So aku beli 2 blouse 1 jeans and 2 kasut (ballet shoes).  Dah shopping apa lagi mesti la nak makan kan… ikut selera adik, kami makan kat The Chicken Rice Shop…. Berwajah baru dah…

Sejak bekerja darah tinggi aku tiba2 tak stabil balik… setelah sekian lama dah hilang, member dating balik da… first checked 125/160 second checked 160/104.
Tak pasal2 kena ambik ubat berjadual… minggu ni nak pi check lagi…dah selang seminggu aku tak gi check kat Doc Dennis aku tu.  Hope ada perubahan sikit.

Hadanni Scrumptious Series update pulak ye.  Top 3 dalam HSS list:

Popia Seaweed
Tart Nenas Bunga
Kuih Cara berlauk Ayam/Daging

Almost hari2 ada tempahan, tapi disebabkan dah berkerja balik aku ambik order seminggu sebelum delivery day. So aku bole la managed production and deliverance.

24 depan birthday my 2nd daughter.  Tak tau apa nak buat tuk dia.  Aku release dia tuk pergi bercuti ngan kawan2 sekolah. Ikut trip ke Gambang… as a gift… majlis dia maybe later la… after she come back home…