Dah lama tak de ruang dan peluang tuk
update apa2 kat blog… apa je aku update ari tu ye.
Byk jugak yang best berlaku…yg best
sekali shopping la kan…aku beli crabtree & avelyn sale giler2 beb kat KLCC
tu…maklum la kan Krismas sale.
Kita pun apa lagi ambik jugak la
peluang tuk kita jugak kan. Sale kaw2 tuuuuuuu.
Fossil tahun ni akhirnya buat
clearance stock jugak ari tu.
Akhirnya…walaupun time tu aku cuti…
Aku sanggup datang opis semata2 Fossil
Sale…kali ni 70% je. Aku tak de beli
apa2 sangat sbb terlalu padat dengan manusia…bila dah banyak org…aircond pun
kurang…macam2 bau ada hehehehe…nak berpinau mata dibuatnya. Ini la sebab nya kenapa Fossil sale kena buat
2 kali setahun. Org dok tunggu
lama..bila dia nak buat sale…so apa lagi … kena serbu la jawabnya… sampai 10
malam baru la selesai.
Sempat ambik watch je. Tu pun satu je…
sale tak best sgt klu nak comparekan
dengan yang sebelum ni.
Aku ambik DKNY watch…cantikkkk…tuk
mata aku la kan…harga RM8++.++ jadi RM2++.++. Klu x salah ingat la...Best tul.... Hehehehe. Jadi la. Tak sia2 aku drive dari rumah sampai
office 1 jam… kali ni setiap jam yg dibeli dia bagi box, tak perlu beli box
berasingan dengan jam…klu dulu dia charge tu…
Beg dia tak berapa banyak. Yang ada
banyak casing iphone, ipad dan sewaktu dengan nya. Kebanyakan yg tinggal…dispatch
bag… tau kan.. beg jenis ni…bukan nak kata bag tu tuk dispatch je. Maksud
saya jenis bag tu org panggil dispatch
bag. Jgn silap faham ye… ^_^
Now dah bulan 12, dah nak ujung dah
pun. Anak2 dah cuti dari bersekolah. So
far Ba lum bawak diaorg gi bercuti lagi.
Setakat bawak jalan2 shopping tu ada la. Aku pun rajin jugak ajak diaorg
tengok wayang bagai. Tapi lain la sikit perasaan nya bila gi bercuti kan. Adik dah selalu mintak bawak bercuti… tempat
kegemaran dia tak lain tak bukan GRAND LEXIS, Port Dickson. Dah try byk kali nak book jugak ari tu… tapi
peak season kan so fully booked….hadui
Akhirnya kami
bercuti ke Penang, Stay kat The Royale Bintang, Georgetown. Ada pool…itu dah cukup tuk anak2
berenang. Pegi Jumaat balik Sabtu Malam.
Cuti tak lama sbb Ahad tu nak gi carik
barang untuk sekolah diaorg pulak.
Before balik KL, sempat jugak la singgah Line Clear Nasi Kandar – Makan
nasi kandar kuah campur, udang 2 ekor besar jugak la…yang ni aku ingat hargia
dia…RM40. Pas tu makan cendol dia…fuh
terangkat. Dapat makan kat Hameediya
jugak as per rekemen kat TV3 JJCM. Dapat
jeruk buah Pak Ali, Beli magnet tuk tambah koleksi kat peti ais aku, makan char
kuetiau jugak. Then yg best dapat beli
white coffe penang. Ini memang kopi yang
kena ngan selera aku… puas ati … kami sempat beriadah kat padang kota lama
jugak…tak jauh dari hotel. Beli bola tuk
diaorng main kat padang tu, aku dah BA berehat je la… dengan angin laut yang
segar… sambil layan mi sotong hamid…hehehe.
Bukan apa
kesian kat diaorg je. Cuti tak ke mana2… xtvt diaorg main badminton je la. Yang
best time balik kerja…hilang penat tengok rumah kemas, makanan dah siap… umur
12 tahun je baru, anak aku yang no 2, dah tau siapkan makanan tuk satu family… antara
menu yang aku selalu makan dinner tiap kali balik ialah ikan goreng berlada,sayur
kacang masak kicap, sayur masak lemak, sayur sup, ikan goreng cecah budu…hehe
sambal belacan, kangkung belacan, sardine masak kicap, sup telur dengan fish
balls. Tempting jugak la…yummy… pernah balik jumpa kek butter atas meja… ni
kegemaran dia ni…menyelongkar dapur aku. Tapi tak apa, dia belajar sesuatu…rasa
nya anak org lain baya dia masih main game, belek2 hp n tengok tv layan drama
korea je kut…. Bagus jugak didik anak awal2 kenal dapur… org putih siap bagi
anak masuk kelas masak2 lagi…ringan dah kerja2 rumah bila anak2 dah pandai
tolong ni…untung kat aku jugak kan…hehehehe.
Krismas ari tu, sebagai menghormati
budaya org lain, kat opis ni pun adalah acara gift exchange sebelum tarikh
sebenar Krismas. Tak tau apa nak beli
bagi kat kawan tu. Tak de apa2 lam
kepala… Plan nak beli NaRaYa..tapi tak
tau dia suka ke tak. Last sekali aku
buat tart nenas bunga… as per requested.
Dia nak tart nenas bunga n aku tambah beli majalah masakan tuk dia. Selain tu aku beli hadiah tuk kawan2 yang
rapat ngan aku, hari tu ada beli lotion Crabtree & Evelyn masa promsi
krismas awal bulan December kat KLCC.
Bagi la sorang satu kat diaorg… erti kata lain sama2 pakai lotion. Sharing kan caring. Aku pulak dapat kasut vincci and
bracelet. TQ tuk hadiah tu…walaupun
kasut tu aku kena beli sendiri sbb dia soh aku carik hadiah yg aku suka.
Hehehehe.
Pas tu pasal banjir yang melanda
Pantai Timur, skrg merebak ke Pahang jugak.
Hari tu 26/12 balik ke kampong Ba, next day nak balik ke KL kami
terkandas kat tol Maran sbb banjir dah memlimpah ke Lebuhraya terutama area
Temerloh, Jerantut dan Lancang…jugak kawasan lain persekitaran Sungai
Pahang. Pasal tu kami kena tunda balik
KL ke hari Ahad…mengunakan jalan alternative Kuala Pilah, keluar kat Kajang
guna laluan LEKAS. 7 jam baru sampai KL
beb…giler tul…dalam sesat2 guna jalan alternative ni…ada pulak aku terjumpa
dengan Zaini Salai House…ermmm apa lagi singgah beli salai ayam n rempah lemak cili
api nismilan… sedap tau… Aku kenal
dengan Zaini Salai House ni dulu masa sama2 attend seminar Berani Berniaga
anjuran Richwork (Dr Azizan Osman) and pernah la order online beli daging salai
sekilo + rempah lomak cili api nismilan…sedap beb…cuba la carik kat FB dah
tentu ada…
Bulan ni aku 29/12 sebagai penutup tirai tahun ni aku beli Pandora
bracelet satu and charm satu. Walaupun aku
tengok ramai yg rajin kumpul charm, aku pulak tak berapa gemar…beli charm pun
pakai seketul je…sbb rasa serabut sgt and berat gak kut… klu pakai less charm
nak pakai gi opis pun tak rasa berlebihan sangat.. aku beli kat Pandora KLCC,
tingkat 2. Hari tu sale charm 30%.. Sale
ended dalam 2 minggu lagi.. pi la tengok.
Or lupa nak bagitau…skrg ni dah bole
meroti sendiri hasil dari attend baking class Chef Noraini, Aniz Baking Center
kat Subang Bistari… dapat sijil…next class Continental Cake… korang apa lagi…
google Aniz Baking Center and register…murah dari tempat lain …. Rasanya hobi
baru aku…kumpul sijil baking…
Dapat jugak Buku Baking dari Lynn Hassan... ni buku kedua dia yang aku ada...satu dulu buku Cup cake... bagus tau buku ni...memang aku suka giler buku ni...bila korang dah beli nanti korang tau apa maksud aku tu... :)
Apa menu tahun baru korang, BBQ ke? atau lepak kedai mamak sampai 12 mlm
SELAMAT TAHUN BARU 2015
HAPPY NEW YEAR 2015
New journey begin....for ….. Great
year ahead….