Hari cuti dari kerja ..begitu berharga sat ini…
Aku penuhi waktu-waktu cuti tu dengan semua kerja-kerja yang tertunggak dari segala sudut.
Nak-nak lagi bulan Ramadan. Banyak benda kena ambil kira…so masa itu rasanya lebih diperlukan dari emas, intan dan permata.
Anak-anak pun dah pandai baca doa niat puasa, bukan puasa...sekarang tengah sibuk menghafal surah-surah lazim....Aku pulak...try nak hafal Yassin...tapi bukan senang...insyaallah...
Esok Merdeka, tapi nampak gayanya aku ni cam susah sikit nak celebrate Merdeka, pasalnya aku tak leh nak merdeka lagi sebab banyak lagi benda yang dalam senarai...aku masih tak complete..
House keeping bermula dari ruang tamu ke ruang dapur, yard dan bilik mandi.
Dari pinggan mangkuk ke pakaian. Segala perabut …seisi rumah aku cuci …semua aku kerjakan….Sampai ke biji kurma pun aku leraikan untuk mudah nak makan….bayang kan. Punya la tangan tak reti duduk diam.
Jadual aku penuh sekali cuti ni, nak-nak macam aku yang suka buat side income nih.
Bunga telur untuk Kak Napisah kena siap kan menjelang Aidilfitri. Semprit, Kek Kukus Coklat dan Kek Asam Manis yang kawan-kawan tempah, semuanya punya tarikh tersendiri.
Jadinya aku kena betul-betul menyusun segala perkara itu agar tidak membebankan aku jugak nanti.
Hari Sabtu 29 August 2009, we all se family pergi jalan-jalan beli barang kelengkapan dapur. Mula-mula ke Carrefour… Kat situ beli barang dapur…telur murah kat Carrefour kali ni. Jalan-jalan kat pasaraya ni terasa sungguh nak raya, dengan lagu raya nya…dengan kuih-muihnya… baling raya..perabut dan baju raya….bukan kepalang degup jantung ….melayang terus ingatan kat kampung. Sendu dan Syahdu je rasa kat ati ni….
Lepas dari Carrefour kami ke JJ kat Metro Prima jugak, kat sini kami carik baju…
Bukan untuk kami tetapi untuk keluarga kat kampung…tangkap jugak la 4, 5 helai baju untuk mereka kat kampung tu. Nak –nak discount sampai 70%.
Branded jugak…POOH,KIKO,KIKI LALA…paling rendah pun 50%...soh agak melekakan la kalau keluar jalan tak berbujet….
Kami anak beranak main game kejap…menghilang kan rasa penat mata lepas pilih pilih baju… seronok gak. Buat aktiviti keluarga… Beli Viper baru untuk Wira kami yang satu-satu nye…pengerak kami mana-mana destinasi..
Pas tu kami ke Bido Valley… kat sini cam aku yang punyasebab kedai bahan-bahan kek. Beli semua bahan-bahan untuk kek dan biskut raya…murah sikit dari pasaraya.
Balik rumah dah kul 4.OO. Hari Sabtu tu aku start masak lambat dari biasa.
MENU BERBUKA:
Mee Sup
Mee Kari
Jus tembikai
Kuih Pau.
Simple jekan…Tapi cukup.
AHAD 30 August 2009: Tak ke mana-mana continue kemas rumah dan berladang kat Farm Ville Facebook…aku dan anak-anak melakat je kat Komputer. Hahahahahha
Hari ni aku sempat buat kek asam manis, Husband nak….
MENU BERBUKA:
Ayam Masak Kicap
Sambal Sotong Kurita (tak tau la nama sotong tu apa eh)
Sayur Taugeh
Bubur Pedas Sarawak
Cucuk Udang
Mee Hoon Goreng
Air buahan campuran Sunkist
So sekarang ni tengah rehat…sambil lipat2 baju…anak-anak pulak sibuk kemaskan buku sekolah sambil kemas kan beg...untuk sekolah minggu depan...di org dah lama tak sekolah pasal tak sihat..demam, batuk ngan selsema...so agak teruja sikit...aku biarkan saja....
Doa Buat Kekasih, Again!!
6 years ago