Tuesday, August 25, 2009

Work from home - 21/08/2009 to 28/08/2009

Minggu ni minggu 'work from home'
Jaga anak yang tak sihat...batuk, selsema dan deman berturut-turut lepas sorang. sorang lagi
Kena pulak minggu ni puasa, kesian tengok dia org.
Si abang tetap nak puasa...walaupun batuknya belum lagi pulih sepenuhnya.
Murni kena demam balik, adik pulak dah sembuh...deman berulang2 tak faham betul la.
Nak-nak sekarang ni musim H1N1 - tipu la kalau aku tak risau.

Buat kerja dari rumah, memang nampak flexible untuk wife yang macam aku. Langsung minggu ini aku try la menyudah kan semua kerja dan kerja rumah sekali gus. Bulan puasa petang-petang aku dah kena siap kan juadah berbuka puasa.

Semalam aku masak ayam masak lemak,ikan goreng, sambal tumis, sayur kacang buncis goreng kunyit ngan sotong. Kuih nya pulak aku buat Karipap sardin ...cadangnya nak buat lopes sekali - tapi malangnya pulut aku hangis gara-gara nak attend logs. Frust betul.
Hari ini aku nekad nak buat lopes lagi. Harap-harap aku tak di ganggu oleh logs lagi.
Mentang-mentang aku work from home,suka ati je soh aku buat kerja...bulan puasa aku pun entitle untuk fasiliti puasa kan. Masuk kul 9.00 balik pukul 5.15.
Ini tidak....pukul 5.30 pun boleh hantar email kat personal email aku soh attend logs. Macam la bank dia saja yang urgent. -_-! letih la dengan orang yang terlalu particular ni.
Siap gtalk lagi bagitau soh attend tu... terlepas aku nak merasa lopes ku....huhuhuhuhu

Hari ni aku nak offline tepat pukul 5.15. Bukan berkira, tapi agak-agak la...ni nasib baik aku ada kat rumah buat kerja. Bayang kan minggu depan aku dah ada kat office....hah! sapa dia nak cari soh attend logs dia. Sebab cinaney ni, dia tak berpuasa agak nya tu yang buat dia tak faham perasaan kita yang berpuasa ni...bersilat nak masak, jaga anak-anak ngan buat kerja (report, statistics ngan attend log) sekali gus...

Ok la ...emo sikit... saja nak luah kan perasaaan ^_^ . So hari ni aku nak continue aku nya project lopes...pas tu aku nak masak sausage masak kicap ala ala All Star Restaurant....dah pernah rasa sekali kat situ..so hari ni nak buat sendiri... nak buat puff sardine...dan try nak gentel tart nenas....nak try je....kalau kul 5.15 hingga nak nunggu buk puasa sempat kut.

Hari ni hati ada mulia sikit. Disertakan resepi Sardine Puff

Telur sebiji
Tepung angaran 3 cawan
Mentega 1 cawan
Air untuk membancuh adunan
Sardine satu tin RM3.20
Bawang merah dicincang
Bawang putih dicincang
Cili Merah dicincang
Kiub ikan bilis setengah ketul
Kentang didadu kecil

INTI
Goreng bawang merah, putih dan cili merah selepas naik bau..masuk kan kentang yang telah didadu dan masuk kan air untuk melembutkannya... seketika masuk kan kiub ikan bilis dan sardine hancur kan sardine supaya sebati bersama bahan-bahan lain. Goreng inti sehingga kering airnya.

DOH
Tepung digaul kering dengan mentega sehingga sebati. Selepas itu masukkan air dan bentuk kan sehingga menjadi doh yang sedang...jangan telalu lembik

Cara membuatnya:

Canai doh sehingga nipis mengikut kesukaan anda, sesudah itu potong kepada bentuk empat segi.... masukkan inti dah gulung. Siap digulung sapukan telur ke atas puff sardine...
Bakar sehingga masak...

Selamat mencuba ^_^

No comments: