Hari ni masuk perkarang opis terjumpa pulak ngan budak opis Roza, ajak pi breakfast kat mamak, perkena roti canai dan teh tarik...
Nasib baik memek muka kau menjadi pagi nih…dapat la allowance…hehehehe sengih2 je tunggu orang tu faham….maksud air muka kita yang gitu…tersengih2 cam kerang busuk penuh pengharapan… nasib baik dia paham… suka sangat… kelakar pun ya jugak…tak sangka dapat “laba” pagi-pagi Jumaat nih. Allahamdulillah…Tak yah keluar suara pun …kekekekeke . Kahwin dah 10 tahun, kalau tak leh tangkap cara aku berinteraksi ngan dia…tak de jawapan la aku nak bagi dah…
So, makan la roti kosong ngan teh tarik… lama tak makan, selalu aku bawak bekal… sekali ngan anak2… hari ni tak de buat bekal khas untuk budak-budak. Sebab kebetulan opis order kuih untuk Inovation Forum tu…jadiknya budak-budak pun bawak bekal kuih-kuih yang sama ngan apa yang aku buat untuk opis jugak.
Abang bekal Bingka Labu, Kakak bawak Sandwich Telur while adik breakfast kat rumah je. Kat tadik dia provide food during lunch…bila balik kerja sebelah petang, dia selalu update apa yang dia makan kat Tadika dia. Bi-hoon, Donut, Kek, Nasi Lemak, Nasik Goreng, kuih-muih…minum Milo, Susu, Orange… OK la…tadika dia bagi makanan yang memuaskan kat budak-budak dia.
Hari ni aku attend Training – Islamic Principle and Concept. Lebih kepada systems…lepas tu system tu di create berdasarkan Al-Quran, Sunah, IJtihad dan juga pendapat2 dari mazhab2 seperti Maliki,Hanbali dan Hanafi…maksudnya bukan simply buat2 je…
So nak cerita sikit pasal apa yang aku dapat dari training tu tadi…Lepas attend training tu aku tahu la serba sedikit perbezaan Conventional Banking dengan Islamic Banking. Cuma satu yang aku tak faham sangat…atau senang cerita aku pelik sikit la kan…
BBA (Bai Bithaman Ajil)…BBA ni tak diterima pakai di Middle East…whereby kat Malaysia boleh…reasons kata presenter…sbb bercanggah pendapat para ulamak..
Sebab kan benda ni aku tertarik nak belajar lebih lanjut bab ni…di masa akak datang la…
Selama ni ingatkan Islamic Concept ni…applicable untuk semua Negara-negara Islam, tak tau pulak ada sesetengah features tu tak diterima pakai sebahagian Negara Islam lain.
Lebih kurang begitu la…serba sedikit…tentang training tu…lunch pulak aku ngan Musliha pergi makan kat Pelita, Jalan Ampang…sbb dia mengidam nak makan Maggie Goreng Pelita…aku pun termankan la….order Kuey Tiaw Goreng…emmm boleh tahan…duduk sebelah foreigners..yang pasti bukan orang English…lepas tu dia suka bertanya jenis-jenis makanan yang orang lain order…sebab dia nak try agak nya satu persatu…sampai ke air sirap pun dia tanya…agaknya pelik tengok kaler merah cam tu kut..huhuhuhuhuu…
Cakap pasal foreigners ni…aku ngan kawan2 kat opis nih…ada la 2 3 org… planning nak ke UK ujung tahun ni…makan angin sambil melawat sorang x colleague kat sana…Insyaallah kalau segalanya berjalan lancar la kan…
Sekarang ni dah kul 6.38 pm…husband aku tak sampai lagi…sbb hujan lebat…
Doa Buat Kekasih, Again!!
6 years ago
No comments:
Post a Comment