Friday, May 4, 2012

Muhasabah Diri....

Termasuk hari ni, dah tak tau kali ke berapa dah aku tengok accident kat atas jalan raya.


Bukan suka nak tengok tapi dah lazim nyer begitu, sebab aku pergi kerja naik moto. Lebih senang dan cepat sampai kat office. Cuma…yang tak tahan nyer bila suddenly jammed teruk.

Macam pagi tadi, jalan tak berapa lancar, sampai depan simpang nak masuk ke Tol Bukit Lanjan, bawah flyover Sri Damansara, jalan makin sempit…nak mencelah2 pun payah. Teruk sangat. Dalam hati dah berdetik, kalau tak hati2 ni bole berlaga bumper to bumper. Risau jer rasa…kalau bukan kereta rosak sure la yang satu lagi tu…accident.
Entah macam mana bila toleh ke kiri…mengucap aku dibuat nyer. Darah masih di jalan, merah menyala, sebahagian isi ke apa entah…bersepah-sepah lagi. Aku terus pandang depan. Seriau…tengok bekas2 tinggalan accident tu. Rupa-rupanya 100meter ke depan ada trailer…dan dibawah nya ada moto tersangkut kat situ. Mayat dah tak de, ambulance dah bawak balik hospital. Ni kali kedua aku tengok isi-isi bersepai kat jalan. Antara yang teruk pernah aku tengok la. Yang biasa2 tu kerap sangat….
Aku bagitau Ba suruh hati-hati, don’t expect people to see you…

Aku muhasabah diri… kalau jadi apa2 kat aku or Ba, apa jadi ngan anak-anak. Anak-anak semua kecik2 lagi. Masih sekolah rendah. Bila-bila masa jer kalau Allah nak ambik nyawa… tak tunggu sesaat pun.

So, sempena Jumaat yang mulia hari ni 4/5/2012…aku tulis la “tentang rasa” aku kat blog. Tentang apa yang berlaku, bakal berlaku dan sedang berlaku. Baru perasan yang selama ni aku banyak lebih kan duniawi dari bekal tuk ke sana. Kalau pikir2kan aku ni hanya la salah seorang hamba NYA yang kerap buat silap, kerap mengikut perasaan, kerap bertindak tanpa berfikir…

Jadi, sedalam2 hati ini berkata…bila2 jer kita bole PERGI,tinggal lagi..lebih lebih lagi saat itu muncul kita sendiri tak pasti bila. Mampu kah aku menghadap illahi kalau bekal yang aku bawak kebanyakan nya duniawi….terutama pasal kerja… sepanjang wakut…banyak memikirkan tentang kerja. Kerja sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai staff dan sebagai business women. Memang la tuntutan kerja itu adalah amanah tapi kerja aku sebagai Hamba Allah? Panggilan untuk kita pun HAMBA, cukup kah aku gunakan masa sihat sebelum sakit aku ni untuk menghambakan diri kepada NYA. Terlaksananya jarang sekali dikuatkuasa. Mungkin leka sebab kerja dengan NYA tidak memerlukan date line…teringat kata Uztaz Azhar..kat youtube ari tu….sembahyang pun kadang2 banyak dilaku kan 2in1, risau nak tinggalkan workstation lama2…sebab sesetengah bos yang berlainan agama ni tidak paham maksud sembahyang lima waktu kita….jadi alternative nya 2in1…wajarkan begitu?

Tu baru sebahagian… hubungan sesama manusia,insani macam mana pulak. Sikap tidak mengambil tahu untuk sesetengah benda mungkin bagus…mengurangkan mengumpat, menjaga tepi kain orang, kurang rasa dengki dan hasad yang berlebihan. Tetapi dalam aku tak mau tahu, ada saja yang ingin memberitahu dan sikap aku yang berterus terang selalu disalah anggap. Tapi mak pesan “berani kerana benar, takut kerana salah” bole ke aku terapkan pesanan itu dalam dunia serba hipokrit ni? Depan berseri jer…belakang …wallahhualam. Allah jugak yang lebih mengetahui…kita rasa kita ikhlas….tapi kayu pengukur keikhlasan cam mana pulak…semua Allah lebih tahu.

Karang bila berterus terang org kata aku saja nak melemahkan semangat diaorg atau mungkin berlagak bagus…tapi mak kata jugak dulu “benda yang betul tu memang pahit”.

Susah jugak rupanya nak baik dengan org. So kadang2 diam itu lebih bagus kut…bak kata lagu Boyzone yang aku pernah dengar… “You say it best..when you say nothing at all”… tapi bila dimintak memberi pendapat cam mana tu…tak kan nak diam jugak iye....

Sekarang aku lebih risau kan tempat aku disana, terapkan sedalam-dalam nya, sehabis baik ilmu agama pada anak2. Doa yang tak putus2..dengan harapan semoga semua anak ku menjadi anak yang soleh. AMIN… satu lagi untuk aku sendiri…melatih diri menjadi isteri yang taat…dengan husband dan juga Allah…sebab mak pernah cakap… “ wanita yang taat perintah Allah dan taat pada suami…bole memilih mana-mana pintu untuk ke Syurga…tidak ada ketetapan…masuk jer mana-mana pintu yang kita nak…

Maka sanggupkan aku melebihkan duniawi? Yang pastinya semuanya palsu…pinjaman semata2…tempat persinggahan untuk mengumpul segala bekal yang perlu ke kehidupan yang kekal abadi. Jawapannya aku tak sanggup…jadi jalan terbaik ialah…aku ingin redha dengan apa saja yang aku ada… tidak perlu berkeluh kesah lagi…tidak perlu lagi bersaing untuk sesuatu yang belum tentu milik kita…sekali pun esok2 nya ia menjadi milik kita…puas kah? Tenang kah? Sure tidak…sebagai manusia…kita ada nafsu… semakin lama semakin ingin yang lebih baik…mak kata macam kurap… ‘ Makin digaruk makin sedap’.

Sesungguhnya hidup kita semua, hidup aku terutamanya sudah diaturkan. Sama ada kita suka atau tak. Pohon kita semakin hari semakin menguning…daun-daun berguguran…begitu la perumpamaannya umur kita…Kitab mahfuz? Pulak macam mana…penuh ke dengan kebaikan atau tidak…Yang di bahu aku ni…yang mana banyak dicatatkan? Yang baik ke tidak? Sedekah pulak macam mana? Amal jariah yang lain pulak macam mana? Ustaz kat TV pernah cakap…. Sedekah lah macam mana pun kalau kurang sembahyang …semuanya tak dikira…umpama ‘0’ begitu jugak bila sembahyang cukup tapi kedekut…kurang bersedekah…. Semua tak diterima ‘0’ jugak.

Ini fasa baru dalam hidup aku… baik buruk aku adalah diri aku sendiri…dengan izin Allah semoga tekad dan usaha untuk aku berubah mendapat ekhsan dan belas darinya.

Semoga berjalan dengan sempurna dan lancar. Korang cam mana pulak…???

Apa-apa yang aku tulis adalah peringatan untuk diri aku sendiri…tidak ada kena mengena dengan orang lain. Tapi kalau korang baca…mudahan ada jugak kesedaran meresap kat korang seperti aku ini….AMIN

No comments: