Thursday, October 18, 2012

Hadanni Sew Stylish! :)

Ha… ni nak share sikit pasal hobi terbaru aku ni…not really terbaru la..Cuma baru sekarang betul2 menunjukkan minat sebenarnya...

Ok la…ceritanya begini, last aku menjahit pada 1997…masa tu baru lepas belajar menjahit …ambik kelas dengan makcik aku yang memang full time ambik upah menjahit dan mengajar org menjahit ..tak kira la lelaki ke perempuan kan…

So masa tu aku beli 2 mesin jahit…banyak jugak la baju yang aku buat…antaranya tempahan dari sanak saudara jer…tu pun selepas makcik aku tolak sbb dia dah tak bole dah squeeze in any order. Jadinya dia pas la kan anak buahnya …yang juga anak murid dia…dibawah pantauan mak jugak…sebab mak memang mahir bab2 menjahit… kira bertuah jugak la sebab skill aku dari orang lama2…

Tu sejarah dia la…pas tu tahun demi tahun nak beli mesin jahit tak terbeli2…setiap kali frust dengan tailor…sbb baju tak siap, siap pun sendat la…besar sangat la…ketiak melekat la…then jugak mahal…..harga tak sekata…kejap murah kejap mahal…jadi aku nak start jahit balik…tak tau bole ke tak

Setelah sekian lama…..jeng jeng jeng…

Akhirnya aku beli jugak mesin jahit …weekend lepas 14/10/2012 jenama SINGER jer tuk jahitan asas jer pun… harga dia RM749.90 kalau tak silap…ada jahit lurus dan 7 sulaman. For a start…should be ok kan…

Isnin lepas 15/10/2012 aku beli kit dia…dari pembaris, aneka benang dan aneka jarum semua aku beli. Mesin ni satu aku suka…dia punya paddle bole control…macam tekan brek kereta lak…so tak risau la dia laju sangat…macam mesin jahit aku sebelum ni…pantang tekan laju jer….fuh! jenuh nak kawal…
Aku dah start jahit baju kurung….yang pertama setelah sekian lama… nanti aku uploadkan baju kurung tu ye…dan tengah mengumpul kain2 cotton tuk baju kurung yang seterusnya….nak polish balik skill2 aku before terpendam terus….dari akal fikiran aku ni..
Dalam perancangan mendapatkan Lable baju kurung aku sendiri…dah siap lable aku tu aku akak inform kan korang kat sapa aku tempah dan macam mana dia layan aku…k

HADANNI Sew Stylish! Apa macam best tak bunyi nye…doa2 kan ye…so aku tak perlu makan gaji lagi….duk rumah jaga diri,keluarga dan ibadat jer pas ni…Amin…

Ada tak korang rasa nama lain yang lagi bagus.... kan kan kan

No comments: