Monday, November 30, 2009

Aidil Adha Tour 27/11/2009 - 29/11/2009

Malam raya, sibuk la sikit...maklum la nak raya kan....siap kan juadah hari raya.
Tak masak banyak...Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasik Impit dan Kek Coklat Kukus.

So selesai semua dalam kul 1.00 pagi...takbir raya temankan aku...siapkan pakaian untuk balik kampung. Sib baik sempat jugak la tailor yang aku biasa tempah baju tu siapkan baju raya aku...
warna pink otak uddang - bahasa org dulu-dulu :). Kurung pesak gantung.

Pagi raya - kemaskan makanan kat atas meja, while my husband gi sembahyang raya.
Makan pun ala kadar sbb, nak bawak balik lauk raya kat rumah mertua.

Gerak pagi tu dalam pukul 9.15. Husband bawak barang-barang ke kereta, sementara aku teman kan anak lelaki aku carik kan kasut dia...tak ingat mana dia letak..last pakai... heheheheh pelik je bunyinye kan.

Jalan ok je...tak jam, biasa la pagi raya...drove smoothly je sampai kat Pahang. Sampai kat kampung husband dalam pukul 12.15 gitu.

Sedang elok je bukak bonet, tengok tupperware lauk raya tak de... aku tanya kat husband dia kata tak bawak turun...dia ingat aku yang bawak...

Tragedi betul...melepas la nak makan lauk raya ramai-ramai... cerita kat mak mertua sume... dia kata takpe la tak de rezeki... makan je la lauk mak nih...hehehehehehe

Hari seterusnya raya kedua 28/11/2009, Beraya ke Kuantan, rumah sedara mak...Felda Bukit Sagu... mula-mula ke East Coast Mall - shpping barang baby untuk adik ipar... dah tunggu hari je. Pas tu baru la gerak ke Bukit Sagu, perut keroncong dah...dalam kul 2.00 petang cam tu...

Harapan cukup besar la nak merasa lauk raya rumah mak ngah...ada sedikit kecewa bila sampai kat sana nampak mee goreng je...masing-masing berpandangan, tapi sebabkan lapar... tak kesah la... mee pun mee la...makan je...

TAPI nama pun org kampung...bila kami tengah ceduk2 mee masuk pinggan...satu per satu lauk sampai... hahahahahaha... sup tulang qurban, sambal kicap, nasik impit, mee hoon celur... dah sah la soto kan...pas tu ada lagi... kari ayam, nasik panas2 lagi tu... ikan goreng...gelama ngan selar kuning...emmmm yum-yum...rasa nyesal lak ambik mee lebih...hehehehe

Pas tu ada lagi...air laici pulak...satu bekas besar pulak tu... pas tu ada kek pelangi, kek assam manis, penderam,biskut-biskut raya, tapai pulut, buah nangka - siap dah kopek kulit lagi...

Air kopi susu dan teh o panas pun ada... memang pesta makanan...meleset betul sangkaan mula-mula...sib baik sempat mintak maaf...sempena raya haji tu...huhuhuhuhuhu

Nak balik anak-anak pun dapat angpau lagi. Bertolak dari rumah tu ke rumah lagi satu dengan perut yang penuh...kenyang sangat... alahamdulillah....

Kat rumah lagi satu pun sama jugak... rumah makcik husband gak la...mula-mula ada rendang daging qurban - fuh!!! sedap giler, makan dengan nasik impit....ngan teh o panas...ada kek gula hangus... dan kerepek buatan sendiri lagi tu...tabik...late in the evening... ada barbeque pulak... bakar sate lagi...wah-wah... best

Sepanjang aku menyambut raya haji ni... ni la raya haji yang happening... sebab kat tempat kami raya haji ni satu ari je...hari berikut nye dah cam hari-hari biasa....

So seronok la kiranya...balik hari Ahad kul 10.15 pagi... jalan pun ok. Tak de jammed pun. sampai rumah tengah ari...bukak pintu rumah nampak tupperware lauk yang kami tertinggal.

Tak pe la... walau tertinggal lauk sendiri, tapi rezeki merasa lauk orang lain...alahamdulillah...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Raya haji esok 27/11/2009 - Kami balik kampung suami kat Pahang. Disebabkan kami ni nak bertolak pagi raya, aku cadangkan kat husband, untuk masak lauk2 raya dan bawak balik kampung sekali.

So sampai je kat kampung dan boleh makan sama2.

Emmm rasanya malam ni aku dah start prepare dishes dah...

Nasik impit
Kuah kacang
Rendang Ayam
Daging masak itam

Cukup la tu, on the way boleh singgah beli lemang kat gombak tu... ^_^

Selamat Menyambut Hari Raya Haji semua...Pandu cermat....ingatlah orang tersayang ;3D

Summaries of my weekend 14 – 15 November 2009

14-11-2009

7.15 – Move to the school for “Majlis Anugrah Pelajar Cemerlang 2009”

The ceremonial is until 12.00 noon. Takes various photos of the kids presenting the traditional dance …Zapin… bring back my memories of my schooling time… where our groups “Angle Foundation” used to dance and sing in coir, presenting drama on behalf of our school… even representing state…. ^_^

Now, I am watching them… never experience this view before…since normally I view the audience from the stage. Hahahaha

Afternoon – bake a traditional dish called Kasui...

Resepi Kasui My Way…

500 gm tepung gandum
100 gm tepung u bi
3 ketul gula melaka
4 sudu makan gula biasa
1 sudu air kapur
1 jug air (anggaran 1000ml)
Sedikit Garam
Daun Pandan
½ sudu Browning sugar puree ( ada jual kat kedai kek – nak hitam kan kasui kita)
Kelapa parut

Cara-cara membuatnya:

½ jug air di renek bersama 3 ketul gula melaka dan gula biasa. Masuk kan daun pandan untuk wangikan dia. Masak kan sehingga gula melaka dan gula biasa tu cair…lepas tu ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam satu bekas dan dicampurkan dengan air baki ½ jug lagi. Masukan kapur…gaul sehingga tepung tidak berketul-ketul lagi.
Setelah itu gula yang telah cair tadi di satukan ke dalam bekas tepung dan gaul rata, masukkan garam dan browning sugar.
Tapi adunan tadi dengan penapis santan dan kukus sehingga masak anggaran 15 minit….
Setelah masak sejukkan dan golek dengan kelapa parut… J

Selamat Mencuba!


15-11-2009 Update!

We were having bre-lunch at Mamak Restaurant. Rezeki Jaya… we used to call the place as TATA…in Malay means Datuk.

Why..because kata sana ada sorang India - dia pangkat tinggi sikit dari yang lain la kut…sbb dia kat counter…x ambik order…

Dia selalu cerita pasal kampong dia kat India ngan kita orang, pas tu dia bagitau dia ada anak baya anak kami…tu pasal dia suka sangat bila tengok kami sampai…sebab ingat kan dia pada anak dia….yang pasti anak kami putih kut dari anak dia kekekekekek. Ek eleh gurau pulak iye~~~

Petang, masak…for tea break la konon… buat cokodok bilis. Ni ada sedikit petua nak bagi cokodok bilis lebih kick!

Cokodok Bilis My Way

Tepung gandum
Daun sup diracik halus
Kobis dihiris nipis
Ikan bilis
Bawang besar atau bawang merah
Cili boh atau guna cili merah
Garam
Kuib ayam/bilis

Blend semua bahan kecuali Kobis, Daun sup dan tepung gandum.
Lepas blend ketepikan, pastikan adunan tidak terlalu masin.

Masuk kan bahan-bahan yang sudah di blend , kobis dan daun sup ke dalam tepung
Gaul rata sehingga sebati dan tambah air sekiranya perlu.

Sedia untuk di goreng.

Selamat mencuba!

Lepas goreng cekodok… kami makan bubur kacang hijau pulak.

Layan… sampai ke petang…

Malam masak lagi…. Ikan Siakap masak sambal dengan sambal udang petai …so malam tu malam sambal seduina…

Nom…nom…nom…nom…

Thursday, November 19, 2009

The commencement day 18/11/2009 ^_^

18/11/2009 – The entire school is pack with the parents…including me,my husband and adik.
This is the day that I waited for….the ceremonial started in the afternoon.

Primary one – Best student…Excellency in FEQAH… those words captured well into me…. Murni binti Halim… I saw her step onto the dome…right at the moment…I feel wired emotion flying inside of me…I nearly to cry… been really thankful to Allah …please… and keep telling myself …`look at her… she’s did it’. All her work hard been rewarded.
Thank you dear…for giving mommy a chance to be in this situation. A really fine moment…

This coming Saturday 21/11/2009... her brother commencement day....

I am a proud mom today 17/11/2009

I am a proud mom today 17/11/2009...

In recent times, my husband called me to enlighten me good news. Well…human being, first thing that is come across my mind is MONEY… Ya who say no to money on earth…right?

But when my husband started to tell me the good news …at the point of time…I believe money can’t procure this value moment…money is not the whole thing…then I realized.

The news still lingers in my ears…

First news was…

my second daughter become the best student for 2009 at her school.

Second news was...

My son chosen as a prefect for next year 2010 in favor of his good attitude and good academic.

Last time he is at the first place… this time he cannot hold the place any longer. If I’m not in the wrong... he loses to Kalai this year end. Cannot beat Kalai who’s taken up his first place now... he always competed with this guy… he got second place for his final exam.

They make me proud. Both of us do, as their parent… this is the moment, the news that we be pleased about most. Every parent does.

Our blessed are with you always…

Tuesday, November 17, 2009

BINGKA LABU MY Way

Bingka/Talam or Bengkang ….what ever you call its name is.

Last Saturday, I’ve made Bingka Labu or Pumpkin Cake.
Since ini kali kedua I buat Bingka Labu tu, so I make sure kali ni Bingka Labu ni betul-betul sedap hahahahahaha. Yang first hari tu my husband kata kurang lemak….
Then this time I buat semua cukup…lemak cukup, manis cukup, telur lebih, labu lebih …

BINGKA LABU MY Way

Bahan-bahan :

1 biji labu saiz kecil angaran harga sebijik RM1.70
1cawan air
3 bungkus pati santan RM1.00 sebungkus
2 biji telur gred B
Gula secukupnya
Garam secubit (untuk balancekan manis dan lemaknya)
Pewarna Kuning (nak serlahkan warna kuning labu)
Tepung 450gm
Esen Vanilla

Langkah demi langkah :

Mula mula kupas kulit labu dan potong kiub sebesar seketul ais batu.
Kemudian bilas dan mix together labu bersama santan dan add in sedikit air anggaran secawan.

Labu yang telah di kisar tadi di masukkan ke dalam mangkuk sesuai saiznya. Sesudah itu, satukan bersama gula,sedikit garam,pewarna kuning dan telur (yang telah dipukul terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam mangkuk adunan). Gaul rata …

Selepas itu baru lah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit dan juga esen vanilla sehingga selesai.

Bancuhan ini hendak lah lembut, tidak sepekat adunan cokodok dan tidak secair aduan kuih ketayat atau kuih jala. Sedang-sedang sahaja.

Bakar mengikut kaedah bersesuaian dengan kehendak masing-masing. Bakar dengan oven atau baker terus diatas api dengan acuan bulat, yang berlubang ditengah-tengah nya.

Sebarang pertanyaan? ^_^

Thursday, November 12, 2009

Harian Metro 11/11/2009

Mengucap panjang aku bila terbaca berita kat dalam Harian Metro semalam....
Rupa-rupanya ada kaitan daripada cerita yang aku blogkan pasal Sunday lepas 8/11/2009.

Al-kisah nya, si isteri cemburu ngan si suami, curiga yang si suami ni ada perempuan lain.... sanggup datang ngan bas express dari Kuantan....ke KL semata-mata nak buat spot check kat suami dia...bila dah tak jumpa perempuan yang di bayang kan ....berperang la pulak mereka berdua nih....Metro kata......dua-dua cikgu....entah2 ngajar anak aku si suami nyer. Haru...biru....

Jadi memang lepas dari rumah kami tu ....polis tu gi carik lagi la si isteri yang kena kurang dek suami tu .....mesti no rumah sama ngan kami ....polis carik silap blok je kut....terkejut betul aku membaca cerita depa nih....bergaduh besar rupanya....sampai masuk paper lak tu.

Kata cikgu, ...tapi perangai entah apa2 entah...betul ayat mak aku dulu....pernah dengar dia cakap la kan...pandai belajar dengan pandai hidup 2 perkara yang berbeza....iaitu pandai dari buku dan pandai dari pegalaman...

Metro kata, polis siap kopak kan pintu apartment...sebab si suami tak beri kerjasama, yang si isteri ni pulak...dah di selamatkan..tau pulak..merayu2 kat polis tu supaya si suami tidak di apa2 kan. So? apa tujuan telefon polis?..sampai terketuk rumah aku sekali....terganggu tidur aku...dah la di tumbuk, merasa sepak terajang pun masih lagi nak bela suami....kalau suami baik dia tak buat kita macam tu....isteri yang baik pun tak kan mencurigai suami sebegitu kuat sekali....cemburu tu memang la tanda sayang...kalau dah berlebih cemburu....kita sendiri yang haru-biru....nasik tak baik...muka, mata pun biru....

Tapi bila polis tak masuk campur pasal keganasan rumah tangga kata polis tak ambil peduli...polis tak itu polis tak ini....bila dah involve polis tau pulak....takut itu takut ini...

Conclusion nyer....manusia ni memang perlu lebih pengalaman untuk hidup.....bukan setakat apa yang di baca atau di belajar kat mana2 kampus atau...paper.......buat baik berpada-pada, buat jahat...jangan sekali....so tak de la polis...^_^ hahahahahahah!

Terima kasih kat mamat polis tu yang tak berputus asa ....mencari rumah pengadu....walaupun ayat last yang aku dengar dari dak polis berdua....malam tu..."Pi mampu la dia org"!....hahahha sebab dah fed-up...sebab salah rumah...

Peace yall..... THE END...

Tuesday, November 10, 2009

Ni hari Sunday punya cerita….


Sambungan dari cerita hurly-burly weekend hari tu….

Sunday morning tu, Lin datang hantar glass yang aku beli dari Musliha…
Pas tu kami anak-beranak berkemas nak ke Bukit Bintang. Jenguk abang aku yang kebetulan ada soccer matches kat sini. Final match with BSN.

Kastam Kalah 3 – 0. So dapat second place je la.

Siap mandi semua…kami singgah ke Rezeki Jaya dulu, pekena teh tarik ngan roti telur….Husband terus je makan nasik...lauk kambing....tu, cam lupa pulak dia dengan kolestrol dia tu...

Gerak ke Bukit Bintang dalam pukul 11.30 cam tu. Jalan tak de la jammed mana pun…
Sampai Bukit Bintang, ada satu hal pulak…PARKING…. Drive punya drive…kami parking kat depan royale punya building. 2 blok dari HOTEL AGORA tempat dia dan kawan-kawan dia duduk….

Mak ada kirimkan acar limau kasturi….rasa sayu pulak….aku pun kirimkan buah tangan untuk dia jugak…dalam satu kotak…antaranya…

Keropok Keping Terengganu
Asam Keping Perak
Beg Tangan Alain Delon dan Tote bag
Minyak wangi Narciso Rodriquez for her 100ml
Minyak wangi The Fresh 50ml (beli dari DXN)
Collagen Mask (beli dari student yang study kat Australia) – dapat student price :)
Lipstick Nutri Metic 2 batang
2 way cake Beauty Control, DAN
Pencuci serbaguna Zip trial pack – 10 paket. Dapat masa pergi lunch kat KLCC hari tu…dia orang buat promotion…bagi kat customer yang lalu lalang…kumpul2 jadi banyak….tinggal 10 paket…rezeki mak.

Pas tu kami makan kat restaurant nasik kandar INSAF kat Jalan TAR. Beli kain ela kat KAMDAR…beli 1 meter percuma lagi 1 meter…so kalau beli dua meter dapat la 4 meter…lepas baju kurung sepasang…hahahahhaha, Abang beli kain ela tona warna purple muda…untuk mereka seisi keluarga…yang best beli untuk Raya depan…(sama cam aku) beli sikit-sikit simpan – budjet beb! beli Selendang, Tudung… lelong sehelai dapat 5 ringgit, tudung yang jenis T-shirt tu..yang ada pin kat belakang…sambar jugak untuk diri sendiri…beli kerongsang… hantar dia balik dalam pukul 4:00 petang.
Jalan ke Bukit Bintang tenat….aduh! geram tul…panas kereta, panas hati, panas badan…

Itu cerita siangnye…

Malamnye pulak kami anak beranak dinner dengan ikan siakap 3 rasa selama 3 hari berturut2..(siakap ASSAR) entah la dia orang asyik request benda yang sama je…sampai melecur jari telunjuk aku kena minyak panas….ikan tu besar beb!... nak balik kan..sampai terkena kat tangan.

Malam tu ada bola lagi…MU vs Chelsea. Tapi aku tak stay that night sebab esok nak kerja. Jadi aku masuk tidur awal..dalam pukul 9.00 cam tu….

Tengah malam…pintu bilik di ketuk kuat oleh husband…ah! Sudah ..apa sudah jadi pulak nih….! Aku pun tak sangka yang aku ter lock pintu punya tembol. Aku pun bangun dengan keadaan terkejut…giler nyer…

Bukak pintu..husband tanya IC mana? Pulak....! tengah malam tanya IC…tapi aku ambik je la…maklum la baru bangun tidur..tak de la nak tanya banyak-banyak… pas tu dia kata ada polis kat pintu depan….tambah terkejut aku dibuatnya….

Pas tu both of us, berlalu ke pintu….bila bukak tengok ada polis dok berdiri kat depan tu lagi…aku pun tanya la kenapa …dia jawab…ada orang call buat aduan, ada orang kena kurung kat dalam rumah…. Cepat je aku cakap mungkin rumah atas, sebab semalam dia orang gaduh kaw-kaw…polis tu pun mintak maaf la sebab mengganggu kami …bisa la ayat-ayat GERAK KHAS…

Jiran-jiran aku ni pun satu…ada ke dia kata bunyi gaduh tu dari rumah kami…kami yang ke hulu ke hilir setiap weekend ngan anak-anak mana ada masa nak berhentam cam tu…tipu la kalau kata tak de gaduh kan..tapi tak sampai tahap cam tu kut….siap nak hantar bini masuk lubang kubur bagai… untuk couples tu…cari la jalan penyelesaian yang terbaik..kalau rasa wife tu memang tak leh control renyam dia…lepaskan je la…kalau dah tangkap sampai 2 3 kali tak berubah jugak…dayus pulak karang.

Jadi weekend aku tak best langsung…masuk malam aku jadi takut…nak lelapkan mata…takut ada polis ketuk pintu rumah lagi…tak pasal2 rumah kami yang disangka bertelagah…tu la… gema dia buat kita tak tau bunyi tu dari arah mana…padahal …kami ni cuma nak layan BOLA je…hehehehehehehe….

ARSENAL 4 – 1

Monday, November 9, 2009

Hurly-burly during Weekend 7 & 8/ 11/2009

It all started like this…..Early last 2 months; new couples enter the apartment with two of her sisters.

Mula-mula rasa seronok sebab blok kami dah penuh…tak de la risau sangat…
It all biasa-biasa je…bila bertembung..senyum….angkat-angkat kepala…
Jarang jumpa…si wifenye…selalu bertembung ngan husband dia je. Nampak ramah la…
Cuma…kalau nak describe rupa dia…emmmm category yang biasa2 je…tak tau la kerja apa…sebab tak nampak dia berpakaian kemas seperti nak ke pejabat…aku assume dia kerja sendir kut….

Ok pendek kan cerita, satu petang…during weekend…dengar dia orang bertengkar..kuat jugak la suara si suami nya berbanding si isterinya…ayat yang jelas ` awak dah janji dah…awak dah janji dah…’ pas tu tak de bunyi dah…

Bukan suka sangat nak dengar..tapi sebabkan rumah kami ni apartment…dia orang kat atas kami ni kat bawah…jadi gema tu memang kedenganran jelas…even anak-anak kami pun tau tu suara orang bergaduh…terus je la tarik budak-budak dari dapur….dari yard dia ke yard kami …memang dekat sangat….lagi clear…

Itu prĂ©cis nyer le…

On last Saturday 7th , 2009…

Malam tu ada Arsenal game, so my husband stay to watch the match la kan. I pulak…dalam nak tunggu match tu..terlelap la jugak..walau pun takat tidur-tidur ayam.
Dalam pukul 3:00 pagi cam tu… aku yang tidur ni pun ter sentap …sebab terdengar bunyi jeritan yang maha kuat nyer sampai boleh kejutkan aku dari dalam bilik yang bertutup rapat…dada dah berdebar-debar…risau kan husband kat luar tengah tengook game…sapa tak sayang suami kan…

Bila bukak pintu , tengok husband tak de kat depan TV…toleh kea rah pintu utama..nampak dia tengah berdiri kat situ…sambil pintu terkuak…tu yang jelas ketara…dengar suara si isteri..menjerit kesakitan dan ketakutan….merayu suruh husband berhenti hemtam dia….dengar suara dia mintak tolong ngan dik beradik dia…kesian sangat…

Dari butir bicara yang jelas tu…si suami ni macam bengang ngan si isteri yang dikatakan suka melayan lelaki lain..sms dan chating kat internet…sejauh mana benarnya wallahhualam….ke husband dia cemburu ke…entah la….

Tapi memang kesian…si suami macam hilang belas…dengar jelas si isteri kena tampar sume…yang tak nampak..lain cerita la kan

Lepas tu..kami pun buat-buat pekak je la…tapi sesekali si isteri dengar si isteri mintak ampun, cakap tak nak buat lagi …sume….malam tu jadi senyap balik.

Sebab kan dah bangun dari tidur cara mengejut cam tu, aku pun layan la bola…Arsenal scores 4 – 1. Team lawan dapat 1 score minit-minit yang terakhir…sampai ke siang la aku tak leh tidur…risau…takut dia campak wife dia masuk pulak kat yard aku ....sapa nak tau kan..orang tengah marah…apa-apa boleh jadi….

Bersambung… yang Sunday 8th 2009 pulak ye....

Second update 24/10/2009 same day...at night!

Second update, berlaku pada hari yang sama….jugak

Malam birthday dia….aku terkena bisa kencing….semua ni gara2 tengok bola..so punya tak nak miss goal untuk 1st half…. Aku pulak yang terkena sakit….

Malam tu jugak gerak ke klinik…dalam kul 8.00 pm cam tu…sampai sana doctor tu asked me to refer hospital sebab kencing aku dah bercampur ngan darah dan nanah….
Macam-macam ada dalam kepala aku masa tu…terutama anak-anak…pas tu baru la fikirkan diri sendiri…selalu nya yang berkaitan ngan kencing berdarah ni sume mesti ada kaitan ngan buah pinggang. Terdetik kat hati…`Sakit buah pinggang ke aku nih’.

Pas tu nak ditambahkan lagi perasaan sedih aku malam tu…tengah tunggu missy tu confirmkan kat Hospital PUSRAWI …air mata aku dah mengalir….ditambahkan lagi dengan menahan sakit dan kesedihan aku kala itu. Tambah lagi…music kat klinik tu masa tu giler syahdu…suara si Agnes Monica mengalunkan lagu `Matahari’….maka air mata ku mengalir lebih cepat dari biasa…puas la mengelap ngan hujung lengan….

Cut the story short…. Aku refer kat Pusat Rawatan Damansara…Klinik Sakit Puan….
Tak jadi straight ke PUSWARI….check dulu ngan Doctor Kamal ….Doctor Sakit Puan… famous dengan kepakarannya …..so check punya check ….aku sebenarnya infection…. Akibat tahan kencing …dan yang paling surprise nye…tahun lepas aku pun bawak penyakit yang sama kat Doctor Kamal pada bulan yang sama…Cuma beza tahun je 2008….suratan atau kebetulan…tak pasti la..nasib baik Doctor Kamal ada rekod pesakit…kalau tak..memang susah aku nak percaya…. Macam sakit setahun sekali je…

Apa-apa pun syukur alahamdulillah…lepas jumpa Doctor Kamal, sakit beransur pulih..walaupun hari tu aku kena inject kat punggung aku ni…sakit la tu…tapi semua nya cam air je…berlalu pergi….sebab sakit yang main tu telah pulih…

Moral of the story….minat cam mana pun ngan bola…jangan sampai lupa pegi toilet….lerai kan apa yang patut… ^_^ cheers

Always Gunners

First update 24/10/2009 my second daughter birthday.

It had been while enough that I am not adding new update into the blog.

First update 24/10/2009 my second daughter birthday.

I ingatkan nak upload photo dia sekali kat sini. Unfortunately, cable handphone ter rosak la pulak. Kesian dia tak de birthday photo….

Tapi tak pe la….so that Saturday, ramai la kawan2 sekolah dia yang datang… si abang pun tak lepas peluang jemput kawan-kawan dia datang….

Door gift:

Coco Crunch
Milo
Fruits Pudding
Kit Kat Chocolate
Those party items:
-Eye Masquerade
-Balloons
-Party Whistle
(Semoga dapat membantu…you all kemudian hari untuk prepare door gift for your kids birthday).

Menu that day:

Mee Goreng (supply by a friend – tak ada kapur dan artificial lainnya, so save for kids) Macaroni Goreng Cendawan dan daging (with Prego sauce)
Puding Coklat – buat dalam acuan berbentuk
Sandwich Telur – Our Signature
Ayam Goreng – Ayam mas atau goreng sendiri…guna tepung serbaguna…
Nugget Ayam Tempura – suggested Marina Brand
Macaroni Fruits Salad
Jus Anggur Sunkist
Some sweets dan kekacang (for them to munch)
Birthday Cake – Chocolate Moist Cake

Hari tu semua masakan termasuk birthday cake …. I buat sendiri….birthday cake ikut selera dia…chocolate cake…

Majlis berjalan lancar sampai ke malam. Semua settle…makanan pun tak de yang
terbuang…walau pun penat ..tapi hati berasa puas…

Decoration that day…sponsored by Siti akak Anim….Thank you so much for your attentiveness.


Birthday Wishes…. to My dear Murni,

You will remember this moment again once you understand what I wrote for you here…
First of all…mommy loved you always…every minutes of the day… Mommy praying for you…what ever the live could ever be for you after this…may you are forever in Allah kindness, protections and you knows how to choose the best for you and most imperative is, the wise and right way… how Mommy wish that you are always my little girl…but Mommy knows it is not possible. Cause every year you grown up, and becomes pretty, smart… how I scared that I might miss this moment someday”

Enjoy your day and remember that I love you always…forever.