Friday, June 15, 2012

Fossil Sale at 4th Floor Menara Atlan 80% of f!!!!

 
Kita org kat opis hampir satu opis beli sunglasses Fossil
80% woooo, sapa yang tak beli kan.
Kat luar harga dia RM200 onwards.
Lepas sale dapat dalam RM30.00 jer sapa tak nak kan...
Ni gambar gila2 kami semalam lepas beli sunglasses...hahahahaha
Apa nak dinamakan group ni pun tak tau la....
Pancar tak berapa nak Sitara....

Yang ni aku beli dengan 50% discount
Lawa tak??? simple yet looking kan dan nampak classic
RM119.50 jadinya...
Phone Note aku pun leh masuk lam ni...
Suka sangat, lama dah carik...baru ni jumpa yang berkenan kat ati ni..
kalbu nan dalam...
Sebelum ni selalu beli kat Sogo jer...purse,clutch ni sume...
sebab kat sana banyak pilihan compare tempat lain...pendapat aku la kan
Hari tu beli Carlo Rino yang jenis bertali...ala2 clutch jugak la...cuma comel sikit..and sesuai tu pegi lunch or pasar2 gitu... I mean, pi jalan2 santai yang tak lama tu...
tapi hati masih tak mampu tersenyum...sebab compartment dia tak banyak...
Satu lobang jer...tuk letak semua...jadi satu kepayahan pulak bagi aku bila nak carik cents.

Sapa2 nak pi tengok pi la tengok...dari 10:00 pagi sampai 7:30pm petang

Selamat Menjamu mata ye...dan kalau jumpa yang berkenan...silalah beli...

Thursday, June 14, 2012

M.A.I.D vs Isteri Separuh Masa....

Hari ni aku nak bagi feedback dari Novel kedua Suri Ryana yang aku beli minggu sudah....bertajuk…. “Isteri Separuh Masa”. Sorry guys…lambat nak citer pasal novel ni even aku dah habis baca minggu sebelumnya.


OK…macam mana aku nak bagitau ya…cerita ni best jugak…tapi aku masih terbayangkan hero M.A.I.D tu lagi…mungkin sebab heronya digambarkan seperti actor Korea kut…so aku bayangkan Jang Geun Suk sebagai lelaki dalam Novel tu…romantic pulak tu….Oh! Harris... hahahaha. Novel M.A.I.D memang betul2 melekat kat hati lagi.

Novel M.A.I.D tu, even pun tebal, tapi rasa macam tak puas jer baca….since aku dah ada Novel M.A.I.D sendiri…tak pinjam baca orang punya, aku dah katam novel tu berkali-kali. Ulang baca uncountable dah pun. Time dia nyanyi lagu oldies tu…Can’t help falling in love with you…fuh…macam tak sangka majikan dia tu merangkap suami dia…jadi begitu charming…mempesonakan…
Opppssss!...sorry, aku sebenarnya nak citer pasal “Isteri Separuh Masa”kan.

OK back to where we suppose to…cerita ni tentang 2 beradik angkat…anak angkat tu yang perempuan…Wani…abang dia doctor…. Haih macam mana aku boleh lupa nama hero nih?...tak pe la…continue jer… mana tau karang2 ingat balik…abang dia ni Doctor/pensyarah… abang dia ada ‘unfinished business’ kat Wani pasal dia dah bocorkan perangai buruk(curang) girlfriend abang dia kat the whole family…Zita namanya…so… hubungan yang dah sedia ada tak baik tu…jadi worst bila di ikat dengan perkahwinan yang 2 2 tak setuju…tapi sebabkan nenek dia yang suruh dan kesihatan nenek yang tak menentu…so both of them agreed jugak tuk berkahwin walaupun…masa tu Wani baru nak ambik SPM…

Dipendekan cerita mereka kawen ni dengan hajat akan berpisah bila tiba waktu dia…si Wani ni walaupun tak setuju dengan perkahwinan mereka, tetapi cuba jugak mencintai abang angkat dia/suami dia tu…maklum lah dah jadi ‘isteri’ kan. Even mereka tak pernah pun tidur bersama…sbb si suami masih lagi berhubungan dengan girlfriend dia si Zita tu…Wani ni selalu berendam air mata jer dengan layanan kasar suami dia tu…(sedey kamek.. -_-!).
Oh! Lupa pulak..sebelum berkahwin dengan abang angkat dia yang sinis tu…Wani ni ada boyfriend masa kat sekolah…boyfriend dia ni baik sangat…Cuma bila dia tau Wani dah kawen dia frust giler sampai telan pil tidur dengan banyak sehingga membawa maut…so dia pun meninggal…

Wani ni sebenarnya cuba jugak la memujuk hati menyayangi abang angkat dia tu, cuma abang angkat dia tu jer yang nak tak nak…tiap kali mereka kena berlakon macam pasangan bahagia…until satu hari tu dia komen yang lakonan suami dia kaku…so laki dia pun buat la lakonan yang lagi bagus lebih mantap…suap dia, cium dahi dia…peluk pinggang dia…sampai dia pulak rasa lakonan suami dia tu over…dan dia pernah terlepas cakap yang suami dia tu…tidak ada ciri2 lelaki idaman dia…(masa tu suami dia sebenarnya dah mula ada rasa sayang kat dia) tapi sebab history diaorg yang tak berapa bagus dan suami dia tau yang dia bukan lelaki idaman so dia pun pendam jer la…sama-sama memendam rasa…
Ending nye korang kena la beli…minggu lepas gi Giant kat Kota Damansara…
Nampak dah ada di rak buku dah novel “Isteri separuh masa”.
Both novel dia BEST…tapi kalau aku …nak compare kan….sure aku pilih M.A.I.D lagi… ^_^..

Sama la jugak dengan Novel pertama dari Aisya Sofea…JAUH…berapa banyak pun novel-novel yang lain…Novel tu jugak aku suka dari karya Aisya Sofea…

Kalau lah ada usaha nak mengadaptasikan ke drama atau filem macam novel Meen Zulaikha…kan best M.A.I.D ni.

Buat la kerjasama ngan artis korea pulak…hahahahah nak-nak kalau dapat collaboration dari Jang Geun Suk (Korea) + Fazura (Malaysia) Fuh!!! mesti best…hatta kalau main kat wayang…cam Ombak Rindu pun aku sanggup pi tengok berkali2…

Yang pasti karya Suri Ryana…memang bagus (saya suka, saya suka) – ala2 watak memey dalam upin dan ipin…karya2 Suri Ryana ni …sukar dijangkakan jalan ceritanya… tak macam sesetengah cerita tu ….baru baca separuh dah boleh agak ending dia cam mana. So korang pi la beli novel dia…ok…pasti korang teruja jugak…setiap helai kita tak sabar2 nak selak dan baca lagi dan lagi….and she’s made me fall in love with…Harris…with..Noorol…Iman…Haikal…Wani…Mak Timah…and byk lagi…

Now tengah baca “Yes Boss” dari Kaki Novel jugak….so apa lagi korang…jom!!!

Kek Karamel...lagi



Semalam aku buat lagi kek karamel.  Macam gian pulak bila dah tau buat kek ni. 
Kali ni aku buat dah tak 'galak' cam dulu kaler dia. 
Ni versi yang kaler lembut... perisa coklat,vanilla dan pandan. ^_^
 gambar-gambar ni aku snap pagi tadi masa nak potong kek ni...gebu jer...
Anak-anak suruh buat lagi...kaler biru...fuh!!! teruja jugak.
 Bawak ke opis jugak, tuk kawan2...seperti biasa aku tak leh nak makan sorang2.  Nak jugak kawan2 merasa sama2 ngan aku...Ba n anak2 pun bawak jugak bekal pagi tadi... sukenye....
Oh! sebelum aku terlupa, versi yang ni aku tambahkan air dia dari 1/2 cawan ke 3/4 cawan...gula aku kurangkan jugak dari 70gram setiap adunan ke 50gram setiap adunan....so manis pun manis2 buah jer org katakan.  korang bole la try jugak...lebih gebu dari yang sebelum ni...rasa tak lari..so jgn risau ye...sebab aku dah buat 2 kali guna resepi yang sama dan hasil nya memang puas hati.... kompare ngan yang first ari tu...aku lebih suka yang ni...sebab dia gebu dan tak berapa manis....tapi kalau memang suka manis...ikut jer la resepi tu ye....versi ni pun aku adjust tang air dan gula jer....korang bila lagi...

Akan datang ni aku sibuk ngan versi cookies....nak try buat Red Velvet Cookies pulak...Insyaallah....

Wednesday, June 6, 2012

Buku tempahan ku dah sampai...

Suri Ryana menambat hati ku dengan novel pertamanya.  M.A.I.D.
Mula-mula baca novel orang...lepas tu puas mencari Novel tu di kedai-kedai buku.
Akhirnya aku jumpa kat Kedia buku kat Kota Damansara tempat aku selalu singgah membeli novel.
Suka sangat-sangat..
 Ini novel keduanya...Isteri Separuh Masa....malam ni start baca...nanti aku bagitau sama best tak dengan M.A.I.D.... (maklumlah high expectation selepas baca M.A.I.D) Buku ni aku tempah dari web kedai-buku.com.  Entah lah kebelakangan ni aku suka shopping online jer.  Dari baju,kain,perfume,beg,buku dan kuih...hahahhaha pengaruh kawan la ni. ish ish ish....



Ini pulak buku dari Lynn Hassan.  Kek Cawan...saja nak menajamkan ilmu dalam pembuatan cup cake ni...
Ada 2 3 resepi dalam ni aku memang lama dah nak cuba... tengok lah ya.
Tapi esok aku nak buat kek lain tuk anak-anak dah kawan kat opis... Insyaallah


One Step ahead...

Baru sekarang aku tau, nak buat passport tuk yang lahir di Sabah dan Sarawak, kelulusannya kena hantar ke negeri terbabit.

Macam kes aku la, sebabkan aku dari Sarawak, jadi process pembuatan passport aku different dari Ba dan anak-anak.  So nak share la kat sini...so sapa2 dari Sabah atau Sarawak yang menetap kat KL ni faham la cara-caranya.

Sijil lahir original kena bawak (buat 2 salinan photocopy)
IC original (buat 2 salinan photocopy)
Gambat passport (2 keping)
Ambil borang dulu before Q kata kaunter 29 ( ni tuk yang nak buat passport kat pejabat kat Jalan Duta ya).
Kaunter 29 akak bagi no giliran.  Biasanya akan Q kat kaunter 32 atau 33.

Jgn risau kalau tak sempat nak bergambar ke apa ke...kat sana bole ambik gambar, kedai gambar ada kat lobi.
Even nak photostate pun senang jer kat kedai2 mini ada. Kalau nak buat kat koperasi diaorg pun ada.
Nak beli pen pun senang.  Sebab hari tu aku terlupa bawak aku punya pencill case.

Mengikut benchmark - jangka masa kelulusan dari negeri-negeri berikut dalam 5 hari.
Surat tu pejabat imigresen akan fax ke pejabat imigresen negeri untuk permohonan kelulusan. 
So satu salinan dia bagi kat kita,surat tu kena bawak bersama semasa membuat pembayaran dan serahan passport kemudian nya.

Dalam kes aku, prosess semua sekali ada lah selang sehari sahaja. aku apply passport tu hari Isnin...
hari Rabu aku dah dapat panggilan dari pejabat imigresen  Jalan Duta mengatakan yang  kelulusan dah dapat dan boleh datang untuk urusan bayar dan ambik passport kat sana. 

Lepas bayaran kena tunggu satu jam untuk passport siap.  Bole pegi makan dulu kat cafe...
sambil tunggu...pau rendang,pau kacang merah,soto ayam....sedap...

Wah! kagum...sungguh Efficient!! sungguh Professional.  3 hari dah siap passport aku. ^_^ sukenya.

Yang pasti semua soalan aku dijawab dengan baik di setiap kaunter yang aku berurusan. Senyum pun ada, greeting ada, masing-masing macam assist kita seperti yang sepatutnya.

Untuk yang bukan dari Sabah atau Sarawak.  Passport siap pada hari yang sama jugak.  Sejam selepas pembayaran dah bole dapat passport.

Harap dapat membantu.  Kalau nak lebih details masuk jer kat website dia org.

Kek Caramel Mudah

Semalam aku try buat pertama kalinya kek caramel. Selama ni aku carik resepi macam nak rak. Memang la banyak kat internet, tapi tak semuanya sama. Dan aku punya trademark memang suka kek-kek yang mudah. Mungkin kek nyer semua sama jer…tapi olahan nya kadang-kadang2 buat kita pening jer baca. So setelah puas aku mencari, akhirnya aku bejaya jumpa yang paling mudah dan sempoi jer nak faham,even untuk yang kali pertama nak buat.


So aku nak share la kat korang, bertapa mudahnya membuat kek caramel ni. Bole jer kut beli…tapi kepuasannya lebih bila buat sendiri. Nak2 macam sekarang semua kerja jadi mudah. Mixer ada, oven ada…memang mudah sangat…..ting! jer masak.

Resepi KeK Karamel Mudah
(ada olahan sikit dari yang aku dapat di internet)

Bahan-bahan:

Bahan meringue

6 biji putih telur (Grade A)
Make sure tak ada sedikit pun egg yolk masa asing kat putih telur. (MAKE SURE!!!)
70 gram gula kastor
½ sudu teh Cream of Tartar

Pukul hingga adunan putih berkilat dan tidak jatuh bila diterbalikkan.

Bahan Gula hangus

4 sudu makan Gula kasar
Hanguskan didalam loyang kek dengan api sederhana dan ketepikan seketika.

Bahan Caramel

70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
½ sudu the vanilla powder

Gaul semuanya sehingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang.

Bahan Kek

140 gram tepung gandum
½ sudu teh baking powder
3 biji kuning telur
50 gram minyak jagung
½ cawan air
70 gram gula kastor

Pukul kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Cara-cara membuatnya:

Masukkan caramel ke dalam loyang yang dah ada gula hangus tadi. Biarkan seketika.

Panaskan oven 160’C selama 10 minit sementara tunggu oven panas.

Adunan kek tadi kaup balik kan dengan adunan meringue.
Selepas itu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
Pilihan warna adalah bebas. Aku pilih common color tuk kek (merah,kuning dan hijau).
Additional: warna hijau tu aku tambah dengan paste pandan.
Tujuannya untuk hilangkan hanyir telur.

Selang selikan warnanya semasa memasukkan adunan berwarna ke dalam loyang. Jangan risau dengan caramel dibawah nya. Adunan ini adalah ringan dan ia akan float diatas caramel. Amazing kan…

Teknik steam bath digunakan tuk kek ni.
Masukan air didalam dulang pembakar dan letak dulang kek dibahagian atas rak.
Bakar dengan api bawah selama 45 minit, kemudian bakar 15 minit lagi dengan api atas dan bawah sehingga masak.

Biarkan kek sejuk. Kek akan mengecut dengan sendirinya so tak payah susah2 nak kikis-kikis tepi loyang tuk keluarkan kek.

Tebalik kan adunan kek, kalau tidak melekat tandanya anda dah berjaya siapkan sebijik kek karemel macam saya… kalau ada tak faham ke atau nak tanya ke...silakan ye...kita make sure kek kita jadi ...right!!!

Photo untuk tatapan semua. Selamat mencuba….