Semalam aku try buat pertama kalinya kek caramel. Selama ni aku carik resepi macam nak rak. Memang la banyak kat internet, tapi tak semuanya sama. Dan aku punya trademark memang suka kek-kek yang mudah. Mungkin kek nyer semua sama jer…tapi olahan nya kadang-kadang2 buat kita pening jer baca. So setelah puas aku mencari, akhirnya aku bejaya jumpa yang paling mudah dan sempoi jer nak faham,even untuk yang kali pertama nak buat.
So aku nak share la kat korang, bertapa mudahnya membuat kek caramel ni. Bole jer kut beli…tapi kepuasannya lebih bila buat sendiri. Nak2 macam sekarang semua kerja jadi mudah. Mixer ada, oven ada…memang mudah sangat…..ting! jer masak.
Resepi KeK Karamel Mudah
(ada olahan sikit dari yang aku dapat di internet)
Bahan-bahan:
Bahan meringue
6 biji putih telur (Grade A)
Make sure tak ada sedikit pun egg yolk masa asing kat putih telur. (MAKE SURE!!!)
70 gram gula kastor
½ sudu teh Cream of Tartar
Pukul hingga adunan putih berkilat dan tidak jatuh bila diterbalikkan.
Bahan Gula hangus
4 sudu makan Gula kasar
Hanguskan didalam loyang kek dengan api sederhana dan ketepikan seketika.
Bahan Caramel
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
½ sudu the vanilla powder
Gaul semuanya sehingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang.
Bahan Kek
140 gram tepung gandum
½ sudu teh baking powder
3 biji kuning telur
50 gram minyak jagung
½ cawan air
70 gram gula kastor
Pukul kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Cara-cara membuatnya:
Masukkan caramel ke dalam loyang yang dah ada gula hangus tadi. Biarkan seketika.
Panaskan oven 160’C selama 10 minit sementara tunggu oven panas.
Adunan kek tadi kaup balik kan dengan adunan meringue.
Selepas itu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
Pilihan warna adalah bebas. Aku pilih common color tuk kek (merah,kuning dan hijau).
Additional: warna hijau tu aku tambah dengan paste pandan.
Tujuannya untuk hilangkan hanyir telur.
Selang selikan warnanya semasa memasukkan adunan berwarna ke dalam loyang. Jangan risau dengan caramel dibawah nya. Adunan ini adalah ringan dan ia akan float diatas caramel. Amazing kan…
Teknik steam bath digunakan tuk kek ni.
Masukan air didalam dulang pembakar dan letak dulang kek dibahagian atas rak.
Bakar dengan api bawah selama 45 minit, kemudian bakar 15 minit lagi dengan api atas dan bawah sehingga masak.
Biarkan kek sejuk. Kek akan mengecut dengan sendirinya so tak payah susah2 nak kikis-kikis tepi loyang tuk keluarkan kek.
Tebalik kan adunan kek, kalau tidak melekat tandanya anda dah berjaya siapkan sebijik kek karemel macam saya… kalau ada tak faham ke atau nak tanya ke...silakan ye...kita make sure kek kita jadi ...right!!!
Photo untuk tatapan semua. Selamat mencuba….
Doa Buat Kekasih, Again!!
6 years ago
No comments:
Post a Comment