Baru sekarang aku tau, nak buat passport tuk yang lahir di Sabah dan Sarawak, kelulusannya kena hantar ke negeri terbabit.
Macam kes aku la, sebabkan aku dari Sarawak, jadi process pembuatan passport aku different dari Ba dan anak-anak. So nak share la kat sini...so sapa2 dari Sabah atau Sarawak yang menetap kat KL ni faham la cara-caranya.
Sijil lahir original kena bawak (buat 2 salinan photocopy)
IC original (buat 2 salinan photocopy)
Gambat passport (2 keping)
Ambil borang dulu before Q kata kaunter 29 ( ni tuk yang nak buat passport kat pejabat kat Jalan Duta ya).
Kaunter 29 akak bagi no giliran. Biasanya akan Q kat kaunter 32 atau 33.
Jgn risau kalau tak sempat nak bergambar ke apa ke...kat sana bole ambik gambar, kedai gambar ada kat lobi.
Even nak photostate pun senang jer kat kedai2 mini ada. Kalau nak buat kat koperasi diaorg pun ada.
Nak beli pen pun senang. Sebab hari tu aku terlupa bawak aku punya pencill case.
Mengikut benchmark - jangka masa kelulusan dari negeri-negeri berikut dalam 5 hari.
Surat tu pejabat imigresen akan fax ke pejabat imigresen negeri untuk permohonan kelulusan.
So satu salinan dia bagi kat kita,surat tu kena bawak bersama semasa membuat pembayaran dan serahan passport kemudian nya.
Dalam kes aku, prosess semua sekali ada lah selang sehari sahaja. aku apply passport tu hari Isnin...
hari Rabu aku dah dapat panggilan dari pejabat imigresen Jalan Duta mengatakan yang kelulusan dah dapat dan boleh datang untuk urusan bayar dan ambik passport kat sana.
Lepas bayaran kena tunggu satu jam untuk passport siap. Bole pegi makan dulu kat cafe...
sambil tunggu...pau rendang,pau kacang merah,soto ayam....sedap...
Wah! kagum...sungguh Efficient!! sungguh Professional. 3 hari dah siap passport aku. ^_^ sukenya.
Yang pasti semua soalan aku dijawab dengan baik di setiap kaunter yang aku berurusan. Senyum pun ada, greeting ada, masing-masing macam assist kita seperti yang sepatutnya.
Untuk yang bukan dari Sabah atau Sarawak. Passport siap pada hari yang sama jugak. Sejam selepas pembayaran dah bole dapat passport.
Harap dapat membantu. Kalau nak lebih details masuk jer kat website dia org.
Doa Buat Kekasih, Again!!
6 years ago
1 comment:
Hi, I sarawakian jugak. Saya kena pergi Ke Singapore on coming Saturday 1/8/15. Tapi baru tau first passport kena buat kat putrajaya atau Jln duta. Mungkin je saya buat esok n dapat dlm minggu ni jugak? Please advice, betul urgent ni. Thx!
Post a Comment