Memandangkan bulan ni bulan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12, Ba tempah hotel above the sea tuk aku dan anak2. So Sabtu ....19/05/2012……..tu Ba request soh masak tuk bekal kat sana -_-! Malas jugak sebenarnya...tapi kenangkan ulangtahun kami...aku masak la jugak...terkejut aku tengok lauk Ba beli...banyak nyer jenis...ingat aku tukang masak hotel ke apa...tapi lam hati jer la kan.. :P
Menu yang kami bawak ke Grand Lexis hari tu….
Daging masak hitam
Sambal Udang Putih
Sotong masak lemak
Ayam goreng berlada
Satay ayam dan daging (aku tempah jer kat kawan)
Satay kampung baru...kalau korang baca blog yang dulu2 korang tau la...satay ni dan lokasi nyer sekali. ^_^ Sebelum tu aku beli jugak satay yang sama tuk kawan2 kat opis petang jumaat tu 18/5/2012. Saja nak jamu mereka, tak seronok merasa sorang2..kawan2 pun kena merasa jugak.
Buah mangga aku beli 3kg...RM10.00
Anggur hitam pun aku bawak…
ni sib baik tak makan sambil mengiring cam raja mesir dulu2...(Ceq G tau yang satu ni)...hahahaha... buat makan tengok TV jer lah
Mineral Water dan air berkarbornat…
So bertolak ke PD dalam pukul 12.00…. Sampai kat RNR Membau je Mambau entah le.... berhenti rehat sekejap sambil lewat2kan masa tuk check-in kat Grand Lexis.
Kat situ kami makan nasik lemak dulu, buat alas perut...not bad la nasik lemak budak2 tu buat... siap makan dalam pukul 1.30pm cam tu, gerak ke Grand Lexis guna Map kat Galaxy Note...percaya tak sepanjang beli Note ni, aku tak tau pun guna map ni cam mana until Hidayah yang ajar ari jumaat tu cam mana nak guna...kelakar...nak sangat smartphonekan….kahkahkah…lawak pulak aku rasa.
Jauh jugak Grand Lexis ni….hala ke Lukut…betul2 sebelah ngan Glory Beach Resort.
Ok sebelum tu aku ada post kat foursquare yang kami on the way ke Grand Lexis ni… Ayat2 aku tu berbunyi:
“Grand Lexis…here I come…
Looking forward to grade how grand you are…
So…you better be nice to me”
Ye la kan…aku punya expectation tuk Grand Lexis bersempena dengan anniversary perkahwinan kami yang ke 12 nih…memang tinggi giler la kan…nak2 dia tu 5 star hotel lagi….mula la nak pikir best sangat ke sampai Ba bole pilih tuk stay kat situ tuk anniversary kami kan kan….
Sambung balik…sampai2 jer kat perkarangan hotel…belum sempat kami bertanya…terus jer perkerja dia atau guard dia la kut….suruh kami parking betul2 depan hotel tu. First impression dia dah bagus…tapi aku tak nak la terus tengelam dengan layanan dia yang satu ni…consider perkerja dia ni bagus la kan…sbb dia layan customer before we ask for it.
Kami tak terus keluarkan barang dari bonet…sebaliknya terus ke kaunter untuk confimkan booking kami dulu. Kat pintu…bellboy dia dah greet kami dah…ye la ..kita kan pelancong… dari KL ke PD…hahahah… warm and friendly welcome from staff dia… buat kita tak rasa kekok pada hari petama. Ramai sungguh org melayu kita kat sini…I mean yang stay kat situ la kan…sbb rata2 yang Q dengan kami kat counter tu org melayu…bole tahan org melayu sekarang…selera dan kehendak makin terbuka…lain la kami…pasal ulang tahun perkahwinanjer…kalu tak entah merasa ke tak nak stay kat Grand Lexis.
Kat counter, ada 5 ke 6 staff perempuan … tapi kami di attend oleh seorang budak perempuan ni…pakai baju kaler coklat muda… kenapa aku cakap coklat muda…kerana yang lain-lain kat situ pakai baju warna hijau. Tak tau la dibezakan dengan pangkat atau apa kes kan..hanya dia sorang jer kat counter pakai warna coklat muda tu. Masuk2 pintu lagi dah nampak dia senyum…manis jer…. Pas tu dia attend kami dengan baik…explain things satu persatu…pasal surcharge untuk seaview dan how to ask for Buggy service… breakfast kat Duyong Restaurant start kul berapa and all.… sekali cakap jer kami dah faham…so tak perlu la nak tanya2 lagi… Kami punya bilik kami ambik :-
Termasuk surcharge RM900.00 where 150.00 refundable during check-out.
Inclusive with breakfast for two.
While, kids RM 22:00 per head.
Buggy service dia kat luar pelawa kami dengan penuh hormat…siap tolong angkat beg semua…since kami ada 5 org. Aku dan Ba naik satu Buggy car while anak2 naik lagi satu Buggy car…kami gerak dulu…Buggy car anak2 kat belakang. Nampak mesra staff yang drive Buggy car tu explain things kat anak2…sbb ada public pool on the way to our room…he show to them yang pool tu kids bole mandi jugak kat situ even ada private pool kat dalam room. Pas tu pasal basikal, how to rent it. Explain kat kids jugak pasal cafĂ© pool dia orang.
Sampai ke Executive Pool Villa, menghadap ke laut… so memang bole tengok sea view…kami sampai dalam pukul 3:00…so terus pergi balkoni…angin laut kuat…nyaman sekali…lepas rehat2 kejap…Ba bawak budak2 jump ke private pool.
Anak2 happy sangat….sampai pukul 5:00 masih kat dalam pool lagi. Sedang aku sibuk berinternet maklum la ada free Wifi….dan pulak tu sibuk click here and there ambik gambar tuk masukan lam blog dan album jugak buat kenangan.…oh ya… datang sana bawak baju jer… the rest semua dah ada….pool towel, bath towel, comb, sewing kit, cap, tooth brush, hair dryer even shaver..dan banyak lagi…
Petang tu kami jalan-jalan kat kawasan pool villa tu….baru tau rupanya pool villa kami letaknya kat Caspian…ada Arabian ada Mediterranean…nama lorong2 menuju ke bilik masing2.
Sepanjang bersiar2 sambil melayan sunset dua tiga staff dia lalu sambil greet kitaorg selamat petang. Dalam hati…dia org ni nampak ke aku tulis apa kat foursquare atau memang luck kami kut dapat layanan yang baik. Buggy service yang kosong pun tanya jugak if kalau2 kami nak naik atau mintak dihantar ke mana2…am touch…hahahaha
Ini serba sedikit info pasal Pool Villa kat Grand Lexis…beza dia mostly on size bilik jer…ni ada kat website diaorg jugak…anggap jer la ini promotion percuma tuk Grand Lexis…since aku puas hati dengan hospitality depa. You deserve the 5stars.
Executive Pool Villa…
Room Info
Room Capacity : 2 Adult, 2 Child
Size of Room : 826 Sq ft
Type of Bedding : 2 King Beds
Room Facilities
Room Features
» Seating Area
» Private Swimming Pool
» Wooden / Parquet floor
General Amenities
» Safety Deposit Box
» Work Desk
Entertainment
» LCD / Plasma / Flat-screen TV
» Cable TV / Satellite TV
» DVD Player
» Astro
Food & Drink
» Dishwasher
» Electric Kettle
» Kitchenware
» Microwave
» Minibar
» Tea / Coffee Maker
Bathroom
» Separate Shower & Bath
» Bathrobe
» Hairdryer
» Toothbrush
Internet & Communication
» Wireless / WiFi (Complimentary)
Climate Control
» Air Conditioning
» Ceiling Fan
Ok la…you all sesekali pegi la memanjakan diri ye.
Badan kena rehat jugak jgn asyik kerja jer. You deserve it ok.
Kalau suka bole lah pergi Grand Lexis jugak.
Try spa dia...nice~~~~
Tapi jgn risau banyak lagi hotel2 lain ada kat PD. ^_^!
Ni ada lagi photo tuk tatapan korang. Aku dah tak larat nak susun atur lam ni..hahahah